Rawatan

Program Sokongan Masyarakat PD

Program Sokongan Masyarakat NKF ini menyediakan perkhidmatan sokongan untuk membantu para pesakit PD menguruskan rawatan mereka dengan baik di rumah. Jururawat PD NKF akan bekerjasama dengan hospital dan vendor masing-masing untuk memastikan pendekatan yang holistik yang di sediakan untuk pesakit.

Jururawat PD NKF juga akan melakukan lawatan ke rumah secara berkala untuk membantu para pesakit mempersiapkan serta menyesuaikan diri dengan rawatan PD, dan memastikan persekitaran yang selamat untuk para pesakit PD sehingga dapat meningkatkan keyakinan mereka dalam melaksanakan rawatan PD secara sukarela di rumah.

Lawatan sokongan PD secara berkala, latihan semula PD di rumah untuk pengasuh pesakit baharu dan bantuan PD buat sementara akan terus diberikan dan disediakan sepanjang perjalanan rawatan para pesakit PD.

Penemuan Kekuatan Dan Kebebasan

Dengarlah pengkongsian daripada para pesakit kami tentang pengalaman dialisis peritoneal, dan memberi semangat kepada mereka untuk memainkan peranan penting semasa menjalani rawatan mereka serta menawarkan fleksibiliti untuk memenuhi keperluan mereka yang kian berubah. Inilah kisah-kisah mereka dalam bahasa Inggeris.

Panduan Pemakanan Secara Bijak Bagi Pesakit Dialisis

Diet yang seimbang penting bagi pesakit dialisis agar tetap cergas kerana ginjal mereka tidak lagi berfungsi pada kapasiti sepenuhnya. Terus membaca untuk mengetahui perkara-perkara yang anda perlu awasi berkenaan diet anda.

Menjaga Kesihatan bagi Pesakit Dialisis

Senaman adalah berkesan dalam pengurusan dan kawalan penyakit kronik, dan juga membantu anda untuk menghilangkan tekanan. Ketahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis senaman yang paling sesuai untuk anda.
Butiran Hubungan
Pertanyaan Media

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) berusaha untuk menjadi penyokong dan penyepadu untuk kesihatan ginjal dan penjagaan holistik untuk masyarakat oleh masyarakat. Sementara menyokong para pesakit yang mengalami kegagalan ginjal dengan rawatan dialisis yang berkualiti dan penjagaan bersepadu, misi yang lebih besar adalah untuk mencegah atau menunda kegagalan ginjal melalui pendidikan kesihatan ginjal dengan integrasi yang lebih mendalam bagi masyarakat serta kerjasama  kolaboratif yang berstrategik.

Copyright © 2021 NKF. Developed by I Concept. All rights reserved.
error: Content is protected !!
Scroll to Top

FAQ

General Enquiries

Admissions

Kidney Live Donor Support Fund

Donation & Volunteering

Can't find what you are looking for?

Notice

Thank you for visiting us.

Due to the current COVID-19 situation, we seek your kind understanding and patience should our response be delayed. Rest assured that we will get back to you as soon as we can.

We are grateful for your steadfast support as we strive hard to overcome the challenges during this trying period to ensure our patients continue to receive dialysis treatment uninterrupted.