Kegagalan Ginjal

Penyebab Utama – Penyakit Diabetes

Diabetes ialah penyebab kegagalan ginjal nombor satu di Singapura, iaitu sebanyak 67% daripada kes baru. Diabetes berlaku apabila kondisi badan tidak bertindak balas dengan insulin atau tidak dapat menghasilkan insulin. Apabila tahap insulin rendah di dalam badan dan/atau badan menentang insulin, paras glukosa darah kekal tinggi. Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah di dalam ginjal kerana nefron bekerja keras untuk menapis darah. Lama-kelamaan, ia akan rosak dan hilang keupayaannya untuk menapis.

Untuk mengetahui sama ada anda berisiko untuk menghidap diabetes, anda boleh melayari https://www.healthhub.sg/programmes/DRA

Ketua Pegawai Eksekutif bagi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Encik Tim Oei telah menulis surat terbuka Menentang Diabetes sempena Hari Diabetes Sedunia 2020, untuk meningkatkan kesedaran tentang bayangan gelap diabetes.

Statistik Penyakit Diabetes di Singapura
Terdapat tiga jenis diabetes utama:

Diabetes Melitus Jenis 1

Diabetes Melitus Jenis 1 ialah penyakit autoimun.

Pankreas menghasilkan sedikit atau tiada insulin. Ia terjadi paling kerap pada kanak-kanak dan orang dewasa muda.

Diabetes Melitus Jenis 2

Diabetes Melitus Jenis 2 ialah diabetes yang paling biasa berlaku.

Kecacatan utama di sini adalah daya tahan badan terhadap insulin di mana pankreas menghasilkan insulin tetapi badan tidak dapat menggunakannya dengan betul. Ini terjadi terutamanya pada orang dewasa dan dikaitkan dengan obesiti.

Diabetes Gestasi

Diabetes gestasi didiagnosis semasa kehamilan dan bukanlah penyakit diabetes secara jelas.

Keadaan ini berlaku dalam kalangan wanita pada peringkat akhir kehamilan dan biasanya hilang selepas bersalin.

Tanda-tanda & Gejala

Rasa dahaga yang melampau

Kesembuhan luka yang agak lambat

Kerap membuang
air kecil

Penurunan / peningkatan berat badan mendadak

Bagaimana diabetes yang tidak terkawal memberi kesan kepada ginjal?

  • Diabetes yang tidak terkawal meningkatkan paras gula dalam darah kita, dan menyebabkan ginjal bekerja lebih keras untuk membersihkan darah.

  • Lama-kelamaan, keadaan ini akan merosakkan unit penapisan halus di dalam ginjal yang dipanggil glomerulus.

  • Ginjal mula membocorkan protein ke dalam air kencing, bukannya kekal dalam darah.

  • Lama-kelamaan, penyakit ginjal menjadi semakin teruk, lalu membawa kepada lebihan sisa cecair dan toksik yang kekal dalam darah.

Apakah yang perlu diperhatikan?

Pemeriksaan kesihatan berkala ialah cara terbaik untuk mengesan tanda awal bagi diabetes dan mendapatkan rawatan tepat pada masanya. Jika anda mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) lebih daripada 23.0kg/m2 (klik di sini untuk mengira BMI anda), saudara-mara darjah pertama dengan diabetes dan/atau berumur lebih daripada 40 tahun, anda perlu berjumpa doktor keluarga anda untuk pemeriksaan diabetes.

Anda mempunyai diabetes jika paras:

  • Glukosa darah berpuasa ialah 7.0 mmol/L atau lebih tinggi
  • Glukosa darah rawak ialah 11.1 mmol/L atau lebih tinggi
Ujian Normal
(mmol/L)
Pra-Diabetes
(mmol/L)
Diabetes
(mmol/L)
Glukosa plasma ketika berpuasa
(Diuji pada waktu pagi selepas 8 jam berpuasa semalaman)
≤ 6.0 6.1 — 6.9 ≥ 7.0
Glukosa darah rawak
(Sampel darah diambil 2 jam selepas pengambilan cecair gula secara oral)
< 7.8 7.8 — 11.0 ≥ 11.1

(MOH Clinical Practice Guidelines, 2014)     

Butiran Hubungan
Pertanyaan Media

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) berusaha untuk menjadi penyokong dan penyepadu untuk kesihatan ginjal dan penjagaan holistik untuk masyarakat oleh masyarakat. Sementara menyokong para pesakit yang mengalami kegagalan ginjal dengan rawatan dialisis yang berkualiti dan penjagaan bersepadu, misi yang lebih besar adalah untuk mencegah atau menunda kegagalan ginjal melalui pendidikan kesihatan ginjal dengan integrasi yang lebih mendalam bagi masyarakat serta kerjasama  kolaboratif yang berstrategik.

Copyright © 2021 NKF. Developed by I Concept. All rights reserved.
error: Content is protected !!
Scroll to Top

FAQ

General Enquiries

Admissions

Kidney Live Donor Support Fund

Donation & Volunteering

Can't find what you are looking for?

Notice

Thank you for visiting us.

Due to the current COVID-19 situation, we seek your kind understanding and patience should our response be delayed. Rest assured that we will get back to you as soon as we can.

We are grateful for your steadfast support as we strive hard to overcome the challenges during this trying period to ensure our patients continue to receive dialysis treatment uninterrupted.