Rawatan

Apakah itu Pemindahan Ginjal?

Pemindahan ginjal merupakan proses pengalihan ginjal daripada seseorang penderma kepada seseorang pesakit (yang mengalami kerosakan ginjal). Pesakit boleh menerima ginjal daripada penderma hidup seperti ahli keluarga, pasangan atau kawan rapat. Selain itu, pesakit juga boleh menerima ginjal daripada penderma yang sudah meninggal dunia. Pemindahan ginjal adalah pilihan rawatan yang terbaik kerana ia dapat menggantikan fungsi ginjal yang gagal dan memberikan mutu kehidupan yang lebih baik kepada si pesakit.

Soalan-Soalan Yang Sering Diajukan

Pemindahan ginjal adalah satu proses pengalihan ginjal melalui pembedahan, ginjal daripada seseorang penderma dikeluarkan lalu dipindahkan kepada pesakit yang mengalami kerosakan ginjal. Terdapat 2 jenis pemindahan ginjal – pemindahan ginjal dari seorang penderma hidup dan penderma kadaver (orang yang sudah meninggal dunia).

Pemindahan ginjal daripada penderma hidup adalah apabila ginjal daripada saudara-mara atau kawan rapat didapati serasi dengan pesakit dan didermakan melalui pembedahan tanpa sebarang bayaran.

Pesakit boleh juga menerima ginjal daripada seorang ahli keluarga, pasangan atau kawan rapat. Mereka dikenali sebagai penderma yang ada perkaitan hidup. Oleh kerana susunan genetik yang hampir sama, ginjal yang didermakan oleh adik-beradik didapati sangat serasi dengan si pesakit. Penderma ginjal hidup boleh dicirikan sebagai berkaitan genetik (berkaitan hidup) dan tidak bergantung pada, sama ada ia mempunyai pertalian darah atau hubungan biologi di antara penderma dan penerima.

Untuk informasi lanjut mengenai Pemindahan Organ Penderma Hidup, sila layari laman sesawang MOH.

  • Tidak perlu tunggu lama untuk menerima ginjal daripada penderma hidup jika berbanding dengan penderma yang telah meninggal dunia.
  • Memberi mutu kehidupan dan jangkaan hidup yang lebih baik kepada si pesakit.

Ia adalah apabila seseorang penerima (yang namanya telah tercatat dalam Senarai Pemindahan Organ Nasional) menerima ginjal daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia.

Waktu purata menunggu pemindahan ginjal selama 9 tahun. Terkini, terdapat lebih daripada 250 orang dalam senarai yang menunggu pemindahan ginjal dari penderma kadaver.

Ya. Pemindahan ginjal adalah kaedah rawatan yang terbaik kerana “penggantian ginjal” dapat menggantikan hampir sepenuhnya fungsi ginjal yang hilang. Justeru, pemindahan ginjal ini membolehkan pesakit menjalani kehidupan yang normal.

Dana Sokongan Penderma Hidup NKF akan membantu para penderma ginjal dalam menanggung kos pemeriksaan dan penilaian pra-pemindahan, kos selepas pembedahan, kehilangan pendapatan dan premium insurans. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Sokongan Penderma Hidup.

Anda boleh menghubungi Unit Pemindahan Organ Nasional Singapura di talian (65) 6321 4390 atau e-mel ke organ.transplant@notu.com.sg. Unit tersebut mungkin dapat membantu anda dengan memberi maklumat lebih lanjut yang anda perlukan mengenai pemindahan organ di Singapura. Sila layari lelaman www.moh.gov.sg untuk maklumat lanjut mengenai pemindahan organ.

Sila ambil perhatian bahawa di bawah undang-undang Singapura, jual beli organ adalah tidak sah.

Dana Sokongan Penderma Hidup

Dana ini menyediakan bantuan kewangan kepada para penderma ginjal hidup yang memerlukan. Penerima hanya perlu lulus kriteria ujian upaya NKF.

Harapan Meraih Penghargaan

Mari temui para pesakit kami yang telah menerima ginjal dan orang-orang yang mereka sayangi. Pengalaman luar biasa mereka itu (yang ditulis dalam bahasa Inggeris) telah pun memberi suara, serta menawarkan kehidupan dan harapan dalam perjalanan pemindahan ginjal.

Panduan Pemakanan Secara Bijak Bagi Pesakit Pemindahan Ginjal

Pemakanan yang sihat dan seimbang memainkan peranan penting untuk menjaga kesihatan keseluruhan dan mengekalkan ginjal yang dipindahkan agar ia berfungsi dengan baik.

Menjaga Kesihatan Bagi Pesakit Pemindahan Ginjal

Senaman dapat membantu untuk meningkatkan fungsi kardiovaskular badan, mengawal tekanan darah dan gula di dalam darah untuk pesakit pemindahan ginjal.
Butiran Hubungan
Pertanyaan Media

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) berusaha untuk menjadi penyokong dan penyepadu untuk kesihatan ginjal dan penjagaan holistik untuk masyarakat oleh masyarakat. Sementara menyokong para pesakit yang mengalami kegagalan ginjal dengan rawatan dialisis yang berkualiti dan penjagaan bersepadu, misi yang lebih besar adalah untuk mencegah atau menunda kegagalan ginjal melalui pendidikan kesihatan ginjal dengan integrasi yang lebih mendalam bagi masyarakat serta kerjasama  kolaboratif yang berstrategik.

Copyright © 2021 NKF. Developed by I Concept. All rights reserved.
error: Content is protected !!
Scroll to Top

FAQ

General Enquiries

Admissions

Kidney Live Donor Support Fund

Donation & Volunteering

Can't find what you are looking for?

Notice

Thank you for visiting us.

Due to the current COVID-19 situation, we seek your kind understanding and patience should our response be delayed. Rest assured that we will get back to you as soon as we can.

We are grateful for your steadfast support as we strive hard to overcome the challenges during this trying period to ensure our patients continue to receive dialysis treatment uninterrupted.