Pencegahan Kegagalan Ginjal

Kurangkan Pengambilan Garam

Apakah itu natrium?

Natrium ialah mineral penting untuk mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan. Garam mengandungi 40% natrium dan boleh didapati dalam sos, bumbu, bahan pengawet dan makanan dalam tin.

Mengapakah ia berbahaya?

Pengambilan natrium yang berlebihan akan mengakibatkan tekanan darah tinggi, iaitu salah satu peyebab utama kegagalan ginjal, strok dan penyakit jantung. Ia juga menimbulkan rasa dahaga yang melampau dan boleh mengakibatkan pengambilan cecair dengan berlebihan.

Berapa banyak yang perlu saya ambil?

Hadkan pengambilan natrium kepada 1 sudu teh (tsp) garam atau 2,000mg sehari.

Bagaimana cara membaca label nutrisi?

Awas, natrium mungkin tersembunyi dalam makanan anda! Kawal pengambilan natrium anda dengan membaca label nutrisi semasa pembelian barang runcit.

Makanan yang perlu diawasi termasuk:

Makanan yang diawet dan diproses

Snek yang bergaram

Kuah, sup, kiub pati, bahan perasa dan sos

Gantikan Dengan Alternatif Yang Lebih Sihat

Berikut menunjukkan tip-tip mudah yang boleh membantu anda mengehadkan jumlah natrium ketika menikmati makanan di luar:

Pilihlah makanan yang lebih sihat pada menu

Semak maklumat nutrisi bahan-bahan menu sebelum anda memesan dan memilih makanan kurang natrium. Carilah Simbol Pilihan Lebih Sihat"Kurang Natrium" oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan. Produk makanan yang mempunyai logo ini mengandungi sekurang-kurangnya 25% kurang natrium berbanding dengan produk yang sama.

Anda boleh bertanya

Jangan takut untuk bertanya kepada staf mengenai bagaimana makanan akan disediakan dan jika mereka boleh membuat penggantian atau pengubahsuaian agar hidangan anda kurang garam. Sebagai contoh, minta kurangkan kuah atau sos, dan kuah salad diletakkan berasingan supaya anda boleh mengawal jumlah tambahan ke dalam makanan anda.

Awasi natrium yang tersembunyi

Perkataan seperti perap, jeruk, salai, serdak roti, pekasin, berjus, di dalam air rebusan atau teriyaki bermakna makanan anda mungkin mengandungi jumlah natrium yang tinggi.

Kongsi makanan anda

Pesan hidangan makanan yang lebih kecil atau kongsi makanan dengan orang lain. Melalui cara ini, anda dapat mengurangkan natrium, kalori dan lemak pada separuh.

Menyediakan Juadah Di Rumah

Kurangkan makan di luar dan masaklah di rumah sekerap mungkin. Melalui cara ini, anda boleh mengawal jumlah natrium yang ditambahkan pada makanan anda.

No Pilihan Makanan Tinggi Sodium Kandungan Natrium (mg) Pilihan Alternatif Rendah Sodium Kandungan Natrium (mg)
1 Nasi Ayam Panggang 1,112 Nasi Ayam Kukus 698
2 Sup Bihun Ikan Goreng Dengan Susu 2,708 Sup Ikan Kepingan Tanpa Susu 1,808
3 Mi Siam Berkuah 2,347 Mi Siam Tanpa Kuah 1,008
4 Pasta Ayam Berkrim 1,161 Aglio Olio Udang 786
5 Masala Ayam Berkuah (150g) 768 Tikka Ayam (100g) 263
6 Keropok Udang Goreng (100g) 750 Keropok Beras (100g) 369
7 Kentang Goreng Berkeju
(1 Pinggan, 186g)
658 Kentang Bakar tanpa Kuah (1 Biji, 202g) 16
8 Sate dengan Kuah (10 Cucuk) 920 Sate tanpa Kuah
(10 Cucuk)
231
9 JambuBatu (1 Biji) Dengan Serbuk Asam (1 SuduMakan) 1268 Jambu Batu (1 Biji) 73

Sumber: Komposisi Tenaga & Nutrien Makanan, Lembaga Penggalakan Kesihatan, 2011
* Makanan 1 hingga 5 berasaskan 1 hidangan

Klik di sini untuk muat turun risalah Kurangkan Pengambilan Garam Anda 

Butiran Hubungan
Pertanyaan Media

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) berusaha untuk menjadi penyokong dan penyepadu untuk kesihatan ginjal dan penjagaan holistik untuk masyarakat oleh masyarakat. Sementara menyokong para pesakit yang mengalami kegagalan ginjal dengan rawatan dialisis yang berkualiti dan penjagaan bersepadu, misi yang lebih besar adalah untuk mencegah atau menunda kegagalan ginjal melalui pendidikan kesihatan ginjal dengan integrasi yang lebih mendalam bagi masyarakat serta kerjasama  kolaboratif yang berstrategik.

Copyright © 2021 NKF. Developed by I Concept. All rights reserved.
error: Content is protected !!
Scroll to Top

FAQ

General Enquiries

Admissions

Kidney Live Donor Support Fund

Donation & Volunteering

Can't find what you are looking for?

Notice

Thank you for visiting us.

Due to the current COVID-19 situation, we seek your kind understanding and patience should our response be delayed. Rest assured that we will get back to you as soon as we can.

We are grateful for your steadfast support as we strive hard to overcome the challenges during this trying period to ensure our patients continue to receive dialysis treatment uninterrupted.