Pencegahan Kegagalan Ginjal

Ketahui Komposisi Badan Anda

Sama ada anda bersenam untuk kekal sihat atau untuk meningkatkan kemahiran tertentu, pilihan yang anda buat untuk memulakannya ialah satu pencapaian! Gunakan alat kesihatan dan kecergasan serta kalkulator ini untuk menentukan BMI, bentuk dan saiz badan, kadar degupan jantung dan tahap intensiti yang sesuai bagi membantu anda mencapai matlamat senaman anda.

Apakah BMI?

Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah anggaran faktor risiko berkaitan dengan masalah kesihatan seperti penyakit Tekanan Darah Tinggi, Diabetes dan Kardiovaskular. Ia boleh diukur dengan mengambil kira ukuran tinggi dan berat seseorang.

Sila masukkan berat badan dan ketinggian anda.

Berat badan dalam kg kg
Ketinggian dalam m m
BMI anda ialah  

Indeks jisim tubuh (BMI)

=

Berat Badan (kg)

Ketinggian (m)²

BMI Risiko Yang Lain

Risiko Tinggi! (27.5 & lebih) – Obesiti yang ketara!

Berisiko tinggi untuk mengalami penyakit kardiovaskular, pelbagai keadaan kesihatan seperti penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, gangguan lipid, osteoartritis dan kesihatan mental yang lemah.

Cadangan Kesihatan: Mulakan dengan perlahan & secara beransur-ansur untuk menyesuaian diri di permulaan aktiviti fizikal, contohnya seperti berjalan pantas, dan mengamalkan diet berkhasiat yang mengandungi kurang minyak, garam & gula!

Risiko Sederhana! (23 – 27.4) – Obesiti!

Berisiko sederhana untuk mengalami penyakit kardiovaskular, pelbagai keadaan kesihatan seperti penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, gangguan lipid, osteoartritis dan kesihatan mental yang lemah.

Cadangan Kesihatan: Buat penyesuaian secara beransur-ansur untuk memasukkan aktiviti fizikal & senaman, contohnya joging, dan amalkan diet berkhasiat yang mengandungi kurang minyak, garam & gula!

Risiko Rendah! (18.5 – 22.9) – Berat boleh diterima!

Berisiko rendah untuk mengalami penyakit kardiovaskular dan pelbagai keadaan kesihatan.

Cadangan Kesihatan: Kekalkan gaya hidup sihat dengan kerap bersenam, termasuk kedua-dua latihan aerobik dan rintangan. Teruskan dengan memilih pilihan makanan sesuai yang mengandungi kurang minyak, garam dan gula!

(18.4 & ke bawah) – Kurang berat badan!

Risiko mengalami kekurangan nutrisi dan Osteoporosis.

Cadangan Kesihatan: Galakkan kenaikan berat badan yang sihat dengan mengamalkan diet berkhasiat dan termasuk pilihan karbohidrat, protein dan lemak tak tepu sihat. Mulakan latihan kekuatan untuk menguatkan tulang dan tambah latihan aerobik ringan.

Butiran Hubungan
Pertanyaan Media

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) berusaha untuk menjadi penyokong dan penyepadu untuk kesihatan ginjal dan penjagaan holistik untuk masyarakat oleh masyarakat. Sementara menyokong para pesakit yang mengalami kegagalan ginjal dengan rawatan dialisis yang berkualiti dan penjagaan bersepadu, misi yang lebih besar adalah untuk mencegah atau menunda kegagalan ginjal melalui pendidikan kesihatan ginjal dengan integrasi yang lebih mendalam bagi masyarakat serta kerjasama  kolaboratif yang berstrategik.

Copyright © 2021 NKF. Developed by I Concept. All rights reserved.
error: Content is protected !!
Scroll to Top

FAQ

General Enquiries

Admissions

Kidney Live Donor Support Fund

Donation & Volunteering

Can't find what you are looking for?

Notice

Thank you for visiting us.

Due to the current COVID-19 situation, we seek your kind understanding and patience should our response be delayed. Rest assured that we will get back to you as soon as we can.

We are grateful for your steadfast support as we strive hard to overcome the challenges during this trying period to ensure our patients continue to receive dialysis treatment uninterrupted.