Rawatan

Apakah itu Hemodialisis?

Melalui penggunaan mesin dialisis, rawatan hemodialisis membersihkan darah dengan mengeluarkan sisa toksin, lebihan garam dan cecair daripada badan pesakit. Rawatan ini bantu mengekalkan keseimbangan kimia seperti kalium, natrium dan klorida serta memastikan tekanan darah terkawal.

Soalan-Soalan Biasa Ditanya

Permulaan Dialisis

Sebelum bermula dialisis, 2 bilah jarum perlu dimasukkan ke dalam akses vaskular; satu jarum mengalirkan darah keluar untuk dibersihkan, manakala jarum yang lagi satu untuk mengembalikan darah bersih ke badan. Pesakit dihubungkan (melalui tiub) ke mesin dialisis melalui urat di lengan, darahnya dipam dari badan ke penapis saringan khas (dialiser), yang terbuat daripada kapilari kecil.

Semasa Dialisis

Darah akan terus dipam melalui dialiser, produk sisa dan lebihan cecair akan dikeluarkan. Darah akan menjadi bersih apabila produk-produk sisa meresap dari darah merentasi membran kapilari kecil ini. Darah yang sudah dituras kemudiannya dikembalikan ke badan pesakit melalui tiub yang lebih besar.

haemo-img-03

Kekerapan Dialisis

Rawatan hemodialisis akan dilakukan tiga kali dalam seminggu di pusat dialisis, dengan setiap sesi berlangsung sekitar 4 jam, bergantung pada saiz badan dan keadaan perubatan. Di NKF, pesakit memilih antara 2 sesi iaitu hari Isnin, Rabu dan Jumaat atau Selasa, Khamis dan Sabtu. Mereka juga boleh memilih waktu pagi, petang atau malam untuk mendapatkan rawatan hemodialisis ini.

Lokasi-Lokasi Pusat Dialisis NKF

Sebagai sebahagian daripada usaha menyepadukan masyarakat secara berterusan, NKF akan menyediakan rawatan dialisis berdekatan dengan rumah pesakit. Kini, NKF mempunyai sebanyak 39 buah pusat dialisis yang terletak di serata Singapura. Harap maklum, informasi selanjutnya dalam bahasa Inggeris.

Maju Ke Hadapan

Dengan kisah-kisah yang mencerminkan semangat yang kental, harapan dan keberanian mereka, pesakit-pesakit kami terus memberi inspirasi kepada para pesakit lain, keluarga, rakan, doktor dan jururawat. Berikut adalah kisah-kisah inspirasi mereka yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Kelayakan Penerimaan Pesakit & Struktur Kos

Semua pemohon perlu menjalani penilaian kewangan melalui ujiian keupayaan yang komprehensif.

Panduan Pemakanan Secara Bijak Bagi Pesakit Dialisis

Diet yang seimbang penting bagi pesakit dialisis agar tetap cergas kerana ginjal mereka tidak lagi berfungsi pada kapasiti sepenuhnya. Terus membaca untuk mengetahui perkara-perkara yang anda perlu awasi berkenaan diet anda.

Menjaga Kesihatan bagi Pesakit Dialisis

Senaman adalah berkesan dalam pengurusan dan kawalan penyakit kronik, dan juga membantu anda untuk menghilangkan tekanan. Ketahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis senaman yang paling sesuai untuk anda.
Butiran Hubungan
Pertanyaan Media

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) berusaha untuk menjadi penyokong dan penyepadu untuk kesihatan ginjal dan penjagaan holistik untuk masyarakat oleh masyarakat. Sementara menyokong para pesakit yang mengalami kegagalan ginjal dengan rawatan dialisis yang berkualiti dan penjagaan bersepadu, misi yang lebih besar adalah untuk mencegah atau menunda kegagalan ginjal melalui pendidikan kesihatan ginjal dengan integrasi yang lebih mendalam bagi masyarakat serta kerjasama  kolaboratif yang berstrategik.

Copyright © 2021 NKF. Developed by I Concept. All rights reserved.
error: Content is protected !!
Scroll to Top

FAQ

General Enquiries

Admissions

Kidney Live Donor Support Fund

Donation & Volunteering

Can't find what you are looking for?

Notice

Thank you for visiting us.

Due to the current COVID-19 situation, we seek your kind understanding and patience should our response be delayed. Rest assured that we will get back to you as soon as we can.

We are grateful for your steadfast support as we strive hard to overcome the challenges during this trying period to ensure our patients continue to receive dialysis treatment uninterrupted.