Search
Close this search box.

Rawatan

Panduan Pemakanan Secara Bijak Bagi Pesakit Dialisis

Diet yang seimbang, dengan jumlah protein, kalori, cecair, vitamin dan mineral yang tepat, diperlukan bagi pesakit dialisis atau pesakit dengan penyakit ginjal peringkat akhir agar mereka kekal cergas kerana ginjal mereka sudah tidak lagi berfungsi dengan kapasiti yang penuh.

Peringatan:
Mendapatkan Jumlah Kalori yang Betul
  • Mendapatkan jumlah tenaga (kalori) yang betul adalah penting untuk kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan tubuh.
  • Keperluan tenaga setiap individu berbeza bergantung pada usia, jantina, saiz badan, tahap aktiviti fizikal dan keadaan perubatan mereka.
  • Untuk pesakit PD: Cecair larutan dialisis yang digunakan akan memberi kalori tambahan dalam bentuk karbohidrat (dekstrosa). Anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat harian anda untuk mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan.
    • Dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan/diet atau doktor anda mengenai kalori yang terdapat dalam cecair larutan dialisis anda.
Pengambilan Protein Yang Mencukupi
  • Protein penting bagi pembinaan dan pemulihan otot-otot.
  • Pesakit dialisis memerlukan pengambilan protein yang lebih tinggi kerana sejumlah protein akan hilang semasa proses rawatan dialisis (PD dan HD).
  • Pengambilan protein yang tidak mencukupi boleh menyebabkan penurunan berat badan, pembaziran otot, mengurangkan kemampuan untuk melawan jangkitan dan dengan demikian, menyebabkan malnutrisi.
  • Protein boleh dibahagikan kepada dua kategori: berkualiti tinggi dan rendah.
    • Protein yang berkualiti tinggi termasuk daging, unggas, ikan dan putih telur.
    • Sebilangan besar produk tenusu seperti yogurt, susu, keju dan produk soya juga mengandungi protein berkualiti tinggi.
    • Jenis and jumlah protein yang betul adalah sangat penting bagi pesakit dialisis supaya kekal sihat.

Peringatan Penting! Makanan berprotein mengandungi fosfat. Oleh itu, pesakit dialisis mesti mengambil ubat pengikat fosfat mereka dengan KESEMUA makanan mereka.

Rendah Fosfat
  • Oleh kerana ginjal menjadi kurang berkesan untuk menyaring produk sisa buangan, paras fosfat dalam darah meningkat.
  • Apabila fosfat mula bertambah dalam darah, kalsium diambil dari tulang. Produk kalsium fosfat membentuk simpanan keras pada tisu pesakit yang menyebabkan kegatalan pada kulit, sakit sendi, kerengsaan mata dan mengeraskan saluran darah mereka.
    Lama-kelamaan, tulang pesakit menjadi lemah dan rapuh. Ini akan menyebabkan keretakan tulang dan kesakitan yang berpanjangan.
  • Pesakit dengan paras fostat tinggi yang berpanjangan juga mempunyai peningkatan risiko kematian kerana kardiovaskular; akibat pengerasan saluran darah (kalsifikasi vaskular).
  • Kedua-dua pesakit HD dan PD perlu mengawal jumlah fosfat dalam makanan mereka. Ubat pengikat fosfat dipreskripsikan kepada pesakit dialisis kerana ubat ini akan membantu mengurangkan jumlah fosfat yang diserap daripada makanan ke dalam aliran darah mereka.
  • Elakkan makanan yang berfosfat tinggi seperti:
    • Produk tenusu (seperti susu, keju dan tairu)
    • Sup berasaskan tulang (seperti kaki ayam dan tulang rusuk) 
    • Produk kekacang (semua jenis kacang, biji-bijian, sup kacang)
    • Minuman Kola (Cola)
    • Koko dan produk berkaitan
    • Minuman malt (seperti Milo, Horlicks, Ovaltine)
    • Makanan berproses dan makanan dalam tin (seperti daging dalam tin, sosej, daging burger)
    • Daging-daging organ (seperti hati, usus)
    • Sardin dalam tin, ikan bilis dan belacan
Kalium (Potassium)
  • Kalium adalah sejenis mineral yang penting untuk mengekalkan fungsi saraf dan otot dalam badan.
  • Kalium perlu dikekalkan pada paras yang selamat dalam darah. Apabila paras kalium terlalu rendah atau terlalu tinggi, ia boleh membahayakan, boleh mengakibatkan serangan jantung.
  • Beberapa tanda dan gejala paras kalium rendah termasuk kekejangan otot, kesukaran bernafas dan degupan jantung yang tidak normal, sementara paras kalium yang tinggi pula boleh menyebabkan kelemahan otot, kadar degupan jantung yang tidak normal dan dalam kes yang teruk, kegagalan jantung.
  • Pembuangan kalium lebih berkesan melalui rawatan PD kerana pesakit menjalani rawatan dialisis ini setiap hari. Secara amnya, pesakit PD tidak perlu mengawal pengambilan kalium seketat pesakit HD.
  • Paras kalium tinggi dalam darah mungkin berlaku pada pesakit HD dan ia boleh mengancam nyawa. Oleh itu, pesakit HD perlu mengehadkan pengambilan kalium dalam diet harian mereka.
  • Kalium terdapat terutamanya dalam buah-buahan, dan sayur-sayuran, dengan jumlah yang banyak dalam kekacang, kacang kering dan produk tenusu.
  • Makanan-makanan yang berkalium tinggi seperti berikut:
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran dari kumpulan tinggi kalium.
    • Produk biijiran, roti dan biskut gandum penuh
    • Kekacang, biji-bijian dan produk berkaitan (seperti coklat, mentega kacang)
    • Kelapa dan produk berkaitan (seperti santan, kaya)
    • Semua jus buah-buahan dan sayuran dalam tin, minuman ubat herba, teh/kopi yang pekat, koko dan minuman malt, susu dan wain (wine)
    • Gula perang, molase, sirap maple, tofi dan likuoris (liquorice)
    • Pengganti garam kalium tinggi, sos botol, ekstrak daging dan sayuran, pati ayam dan kiub stok

Tip! Anda boleh mengurangkan kandungan kalium dalam sayur dengan merendam sayur-sayuran yang telah dipotong kecil di dalam air selama 1-2 jam.

Rendah Natrium
  • Secara semula jadi, natrium terdapat di dalam semua jenis makanan, dan ia sering didapati dalam makanan yang dibungkus dan diproses. Garam merupakan salah satu sumber utama natrium.
  • Natrium akan meningkatkan rasa dahaga dan juga meningkatkan kecenderungan untuk minum air berlebihan.
  • Akibat cecair lebihan, berat badan akan meningkat. Justeru, tekanan darah menjadi tinggi dan ini akan menambah beban pada jantung.
  • Sekatan natrium dalam penyakit ginjal dapat mengekalkan keseimbangan cecair pada paras normal.
  • Tip-tip untuk mengurangkan pengambilan natrium:
    • Hadkan jumlah garam/sos semasa memasak.
    • Elakkan menggunakan kiub stok, ekstrak daging dan sayuran seperti Bovril, Marmite
    • Elakkan menggunakan ekstrak ayam dalam botol
    • Baca label makanan yang diproses dan pilihlah produk yang mengandungi kurang daripada 120mg natrium bagi setiap 100g produk makanan tersebut.
    • Kurangkan pengambilan makanan dalam tin dan makanan berproses. Sekiranya anda memilih untuk menggunakannya, toskan atau buangkan air garamnya.
    • Gunakan herba segar dan rempah ratus untuk menggantikan garam / sos ketika memasak
    • Gunakan limau segar, jus lemon dan cuka untuk meningkatkan rasa makanan.

Pesakit ginjal harus berhati-hati dengan pengganti garam (salt-substitute) kerana ia sering mengandungi kalium yang tinggi dan tidak boleh menggunakannya tanpa nasihat daripada doktor atau pakar diet terlebih dahulu.

Pengawalan Cecair
  • Oleh kerana fungsi ginjal semakin berkurangan, pesakit dialisis mengalami penurunan dalam pengeluaran air kencing. Oleh yang demikan, penting bagi pesakit mematuhi sekatan cecair mereka.
  • Pengumpulan cecair yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan kesesakan nafas, tekanan darah tinggi dan kebengkakan pada kaki.
  • Kedua-dua pesakit PD dan HD perlu mengambil kira pengeluaran air kencing mereka, baki fungsi ginjal serta saiz badan bagi menentukan pengambilan cecair mereka.
  • Pesakit PD juga perlu memantau jumlah cecair yang dikeluarkan semasa pertukaran.
  • Pesakit HD boleh memantau kenaikan berat badan antara dua sesi dialisis sebagai alat pengukur.
  • Peruntukan harian untuk pengambilan cecair boleh berubah dari 500ml hingga 1000 ml sehari, bergantung pada pengeluaran air kencing pesakit.
  • Elaun cecair harian merangkumi air biasa, teh, kopi, susu, kuah, sup dan bubur. Cecair lain yang cair pada suhu bilik seperti ais batu, ais krim, jeli juga dianggap sebagai cecair.

Penting! Pesakit dialisis harus mengikut saranan cecair yang dijadualkan oleh jururawat, pakar pemakanan atau doktor anda.

Pencegahan Anemia
  • Anemia sering berlaku pada pesakit dialisis kerana ia merupakan salah satu komplikasi kegagalan ginjal.
  • Eritpropoietin (EPO), yang dihasilkan oleh ginjal akan mendorong sumsum tulang untuk menghasilkan sel darah merah. Apabila fungsi ginjal menurun, jumlah eritropoietin (EPO) yang dihasilkan akan berkurangan.
  • Faktor-faktor lain yang menyebabkan anemia dalam kalangan pesakit dialisis adalah:
    • Jangka hayat sel darah merah yang pendek kerana pengumpulan toksik urea
    • Malnutrisi
    • Kekurangan zat besi
    • Kekurangan zat folat dan vitamin lain
    • Kehilangan darah semasa hemodialisis
  • Tanda dan gejala anemia termasuk keletihan, kelemahan, pening, sakit kepala, imuniti yang rendah, sesak penafasan, sakit dada, kehilangan selera makan dan kelihatan pucat.

Tip! Pengambilan protein, zat besi, vitamin C, vitamin B 12 dan folat yang mencukupi adalah penting untuk mencegah dan merawat anemia kerana zat gizi ini merupakan elemen penting dalam penghasilan sel darah merah baru.

*Maklumat dan cadangan di atas adalah garis panduan umum, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat khas bagi setiap individu. Sila berjumpa dan dapatkan nasihat daripada doktor atau penasihat penjagaan kesihatan untuk membuat keputusan kesihatan buat diri anda.

Resipi Mesra Ginjal

Diet yang seimbang penting bagi pesakit dialisis untuk kekal cergas kerana ginjal mereka sudah tidak lagi berfungsi pada kapasiti yang penuh. Mengehadkan pengambilan kalium, fosforus, gula, natrium dan cecair sering disyorkan untuk pesakit kegagalan ginjal. Muat turun buku panduan ini untuk mendapatkan pelbagai resipi mesra ginjal seperti nasi ayam claypot, pizza, frittata dan banyak lagi, yang sesuai untuk semua termasuk pesakit dialisis.

error: Content is protected !!
K-Buddy
wpChatIcon
Scroll to Top

FAQ

General Enquiries

As there are limited car park lots available at NKF Centre visitors may need to park at the nearby HDB car parks in the vicinity.

NKF HQ Mondays –Thursdays
Fridays
PH / Weekends
8.30am –6.00pm
8.30am –5.00pm
Closed
Dialysis Centres Mondays –Saturdays
Sundays
PH
7.00am –11.00pm
Closed
7.00am –11.00pm

We are open on most public holidays except for the 1st day of Chinese New Year.

NKF does not provide ad hoc dialysis treatment. Our patients are on long-term dialysis treatment. You may wish to check with private dialysis centres for ad hoc dialysis treatments.

NKF does not have an outpatient clinic and hence, we are unable to arrange an appointment for members of the public. You may wish to contact a hospital of your choice for outpatient service.

Currently, NKF does not provide health report interpretation service. You may consult your General Practitioner who will be able to assist you.

Someone with kidney failure may not experience any signs and symptoms until it is too late. It is best to do a routine health screening to understand your health status better and detect any abnormalities as early as possible so that you can delay and manage the disease progression.

To know about the signs and symptoms please click here to learn more.

Decreased urination Swollen hands and ankles Sleep disturbances
Blood in the urine (tea-coloured or fresh blood) Puffiness around the eyes High blood pressure
Nausea and vomiting Itching Loss of appetite

All dialysis centres operate on 3 dialysis shifts –morning, noon and evening.

Morning Noon Evening
7.00am –12.00pm 12.00pm – 6.00pm 6.00pm –11.00pm
Timing of your dialysis schedule may vary for each dialysis centres.
Schedules
Monday, Wednesday and Friday (1,3,5) OR Tuesday, Thursday and Saturday (2,4,6)

Admissions

Our Admissions Counsellor will contact you once your application is finalised. They will be in contact with you soon.

From the day we receive the application form, it will take approximately 3 working days to a week for us to get back to you if you have submitted all completed supporting documents together with your application form to us. Generally, the whole process will take 6 months for the approval.

The overall application review process will take approximately 6 months before the applicant can start the first dialysis treatment. However, if the applicant is able to provide all completed supporting documents and if there is a slot available at the dialysis centre with a right match to the time slot, the waiting time could be shorter.

Currently, we do not have status checking service online. NKF Admissions Counsellor will be in contact with the applicants regarding the status.

You may pick it up from the NKF main office at 81 Kim Keat Road, Singapore 328836 or call us at 6506 2187 to have the forms sent to you.

Means Test is used to determine the amount of subsidies each person needing care is eligible for. Persons from lower income households will be granted higher subsidies under the means test framework.

Means Test subsidies calculation is based in accordance to MOH guidelines.

Our NKF Admissions Counsellor in-charge will contact you in regards to your means test status.

The Medical Social Workers at your hospital will be able to advise you on the different type of subsidies based on your financial situation.

Kidney Live Donor Support Fund

For information on kidney donation in Singapore, you may wish to contact the National Organ Transplant Unit at Tel: 6321 4390 or email organ.transplant@notu.com.sg.

NKF’s Kidney Live Donor Support Fund covers annual health screenings and medical follow-ups; one-time reimbursement for loss of 2 months actual income of $8,500, whichever is lower: reimbursement of hospitalisation and surgical insurance premiums (capped at MediShield Life premiums); pre-transplant screening and evaluation costs for up to 2 potential donors per kidney recipient; and insurance coverage for Group Living. Policy based on sum insured of $200,000.

For more information and eligibility, please click here. 

Donation & Volunteering

You can make the donation through different platforms:

  1. For online donation: please visit https://nkfs.org/support-us/donation-programmes/
  2. Or you may like to issue a cheque made payable to “The National Kidney Foundation” or “NKF” and mail it to us at 81 Kim Keat Road, Singapore 328836.
  3. Alternatively, you may contact us at 1800-KIDNEYS (5436397) or email us at lifedrops@nkfs.org to send you the donation form.
  4. Road Singapore 328836.

Thank you for your generosity. The cheque should be issued to “The National Kidney Foundation” or “NKF”.

Thank you for bequeathing your CPF contributions to NKF. You can fill up the CPF nomination form which can be downloaded from the CPF website. NKF’s UEN is 200104750M.

Thank you for your generosity. You may like to visit the Ministry of Law’s website where you can find a list of lawyers based in Singapore. Please visit https://eservices.mlaw.gov.sg/lsra/search-lawyer-or-law-firm/

Our UEN/ Company Registration No. / GST Registration No. is 200104750M.

Please send us an email at lifedrops@nkfs.org or call us at 1800-KIDNEYS (5436397) and we will assist you accordingly.

You may email your new mailing address to lifedrops@nkfs.org , Please include your full name, contact number, old mailing address and UEN or NRIC/FIN (last 3 digits)

You may email us at lifedrops@nkfs.org to get the donation form. Please fill up your new GIRO/credit card number, donation amount and sign the form. Thereafter, post the GIRO form back to NKF for processing.

For credit card, you may wish to scan the form and send it to NKF via either of these options:

Email – lifedrops@nkfs.org

Fax – 6253 0417

Mail – 81 Kim Keat Road, Singapore 328836

Please email us at lifedrops@nkfs.org with your full name, UEN/NRIC/FIN and mailing address.

Please email us at lifedrops@nkfs.org to have the termination form sent to you. Please fill it up and send it back to us for processing and auditing purposes.

All outright cash donations to NKF are entitled to tax deduction because NKF is a registered charity with an IPC (Institutions of Public Character) status. We are able to issue tax deductible receipts for qualifying donations to our donors.

You are entitled to a tax deduction of 2.5 times the value of your donation in the preceding year.

You may sign up via our website at https://onlinereg.nkfs.org/vms/volunteerapplicationform.aspx.

If you do not have access to the internet, please call us at 1800-KIDNEYS (5436397) to have the application form sent to you. Please fill it up and send it back to us at 81 Kim Keat Road Singapore 328836.

Once we receive your application, our colleague from the Donor and Volunteer Management Department will contact you for a phone interview. After which, you will be invited to attend our volunteer orientation. This is to allow you to have a better understanding of the volunteering activities.

The minimum age is 13 years old. For volunteers who are below the age of 21, you will need to get parental consent. You may download the consent form here.

We strongly encourage our volunteers to commit at least a year so that we can better support our patients. Our programmes and activities are flexible, you can choose your volunteering schedule according to your interest and availability.

You may volunteer with us basing on your availability. We will send a weekly email to our volunteers indicating the up-coming volunteering opportunities. You can then match your availability to the activity schedule.

We have an array of volunteering activities to suit your interest and availability. To learn more about the volunteering activities we offer, please visit https://nkfs.org/support-us/volunteer-programmes/.

Anyone and everyone can join us as a volunteer. All applicants will be required to undergo a mandatory orientation session where you will gain insights into the Foundation’s cause, kidney disease as well as learn more about the volunteering activities we offer. Regular trainings are also conducted for all volunteers so that they can better perform their role.

Most definitely! We welcome schools, companies and community groups to volunteer with us as part of their Values In Action and Corporate Social Responsibility activities. Please get in touch with us on your interest by sending an email to volunteer@nkfs.org.

Can't find what you are looking for?

Notice

Thank you for visiting our website.

All authorised procurement tenders or requests for proposal by NKF are exclusively posted on our official website. You may verify the information by visiting our official website or contacting us directly at contact_us@nkfs.org.