Kegagalan Ginjal

Adakah Anda Berisiko? Senarai Semak

Ambil langkah pertama untuk kesihatan ginjal dengan memahami jika anda mempunyai faktor risiko penyakit ginjal!

Qn 1 of 6

Adakah anda gemuk?

Obesiti meningkatkan risiko menghidap penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi; dua penyebab utama kegagalan ginjal. Menurut Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), jika mempunyai BMI 23kg/m2 atau lebih, ia menjadikan anda berisiko untuk mengalami masalah obesiti. Oleh itu, kekalkan berat badan yang sihat untuk mengurangkan risiko kegagalan ginjal.

Qn 2 of 6

Adakah anda menghidap penyakit diabetes?

Hampir separuh pesakit diabetes di Singapura tidak mengetahui kondisi mereka, dan ini adalah merbahaya kerana penyakit diabetes yang tidak terkawal dapat merosakkan saluran darah ginjal dan memusnahkan penapisnya. Singapura mempunyai kadar kegagalan ginjal yang tertinggi di dunia, disebabkan oleh penyakit diabetes. Pengesanan awal melalui pemeriksaan kesihatan sangat penting kerana pra-diabetes boleh diputar kembali dengan membuat perubahan pada gaya hidup.

Menghidap diabetes tidak bermaksud anda akan mengalami kegagalan ginjal. Selagi anda dapat menguruskan paras gula darah dan mengekalkan tekanan darah anda dalam julat normal, dan mengambil ubatan sebagaimana yang telah dipreskripsi, anda boleh memelihara kesihatan ginjal anda.

Qn 3 of 6

Adakah anda menghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi?

Hipertensi adalah penyebab utama kegagalan ginjal yang kedua di Singapura. Malah, satu daripada empat orang dewasa Singapura mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya, penuaan akan meningkatkan tekanan darah anda dengan semula jadi. Walaupun keadaan ini tidak boleh dibendung, pemeriksaan berkala terhadap tekanan darah anda dan pengurusan keadaan yang betul dapat mengurangkan risiko anda mengalami kegagalan ginjal.

Sama seperti diabetes, hipertensi yang tidak terkawal boleh menyebabkan kerosakan pada ginjal dengan cepat sehinggakan ia gagal. Malah, kebanyakan orang mengalami sedikit atau tiada gejala sama sekali sehingga kerosakan kepada ginjal mereka semakin teruk.

Qn 4 of 6

Adakah anda merokok?

Selain penyakit barah dan jantung, merokok dikaitkan dengan diabetes, hipertensi dan faktor risiko penyakit ginjal. Merokok juga mempengaruhi aliran darah ke nefron dalam ginjal, yang menjalankan tugas penting menapis sisa dari darah anda. Kerosakan pada nefron tidak dapat dipulihkan dan boleh mengakibatkan kegagalan ginjal dari masa ke masa.

Qn 5 of 6

Adakah anda selalu mengambil NSAIDS?

Ubat Anti-Radang Bukan Steroid (NSAIDS), seperti ubat penahan sakit, seperti Ibuprofen, Naproxen dan Aspirin boleh didapati di kaunter bila-bila masa tetapi ia juga boleh merosakan ginjal jika diambil secara berlebihan. Sesetengah orang mempunyai salah tanggapan bahawa NSAIDS adalah selamat untuk diambil dengan dos yang besar dengan kerap kerana ia tidak memerlukan preskripsi. Ia ada penting untuk mengetahui bahawa NSAID tidak semestinya tanpa risiko dan perlu diambil dengan berhati-hati, terutama bagi mereka yang sudah mengalami penurunan fungsi ginjal.

Mereka yang sedang mengalami penurunan fungsi ginjal, penyakit jantung atau hipertensi, hendaklah berbincang dengan doktor sebelum mengambil NSAIDS kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit ginjal. Jika anda kerap atau banyak mengambil NSAIDS dan mengalami keadaan yang disebutkan di atas, anda boleh membuat ujian darah atau air kencing untuk memeriksa jika ia memberi kesan kepada fungsi ginjal anda.

Qn 6 of 6

Adakah keluarga anda mempunyai sejarah penyakit ginjal?

Penyakit ginjal boleh diwarisi. Jika ada ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit ginjal, ambilah tindakan pencegahan dengan kerap mengikuti pemeriksaan kesihatan. Ujian air kencing yang ringkas boleh mengenal pasti jika ada kebocoran protein ke dalam air kencing anda, dan ini merupakan tanda ginjal tersebut telah terjejas. Dalam hal lain, anggaran Kadar Penapisan Glomerulus (eGFR) ialah ujian darah yang menunjukkan seberapa baik ginjal anda berfungsi untuk mengeluarkan sisa-sisa daripada darah anda. Ini adalah cara yang terbaik untuk memeriksa kadar ginjal anda berfungsi.

Qn 6 of 6

Adakah keluarga anda mempunyai sejarah penyakit ginjal?

Penyakit ginjal boleh diwarisi. Jika ada ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit ginjal, ambilah tindakan pencegahan dengan kerap mengikuti pemeriksaan kesihatan. Ujian air kencing yang ringkas boleh mengenal pasti jika ada kebocoran protein ke dalam air kencing anda, dan ini merupakan tanda ginjal tersebut telah terjejas. Dalam hal lain, anggaran Kadar Penapisan Glomerulus (eGFR) ialah ujian darah yang menunjukkan seberapa baik ginjal anda berfungsi untuk mengeluarkan sisa-sisa daripada darah anda. Ini adalah cara yang terbaik untuk memeriksa kadar ginjal anda berfungsi.

Anda mendapat markah 0 daripada 6!

Anda tidak mempunyai faktor-faktor risiko penyakit ginjal kronik. Kekalkan gaya hidup sihat dengan 5 tip-tip mudah ini!

  • Kurangkan garam
  • Kurangkan gula
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Minum air putih berlebihan
  • Memantau taraf kesihatan

Anda mendapat markah 1 daripada 6!

Anda disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan yang termasuk ujian darah, ujian air kencing dan ukuran tekanan darah. Juga, awasi tanda-tanda dan gejala amaran awal untuk penyakit ginjal yang mungkin tidak mudah dikesan kerana penyakit ginjal biasanya ialah pembunuh senyap.

Awasi saiz pinggang anda

Pengurusan berat badan yang berjaya ialah pilihan gaya hidup. Penurunan berat badan berlaku apabila anda membakar lebih banyak kalori daripada jumlah kalori dari makanan yang anda makan. Berhati-hatilah dengan produk yang dipasarkan sebagai bebas lemak – produk mungkin mempunyai kandungan gula dan sodium yang tinggi.

Ketahui selanjutnya tentang jenis lemak dalam makanan anda. Klik di sini untuk mengetahui selanjutnya.

Jangan biarkan diabetes memberi anda kejutan

Sebagai pesakit diabetes, ia tidak bermaksud yang anda akan mendapat kegagalan ginjal. Kesihatan ginjal boleh terus dijaga selagi anda dapat menguruskan paras gula darah, menjaga tekanan darah anda dalam julat yang normal serta mengambil ubat-ubatan seperti yang ditentukan.

Berikut adalah tip-tip untuk mengatasi pengambilan gula anda!

Kurangkan tekanan terhadap ginjal anda

Walaupun kita tidak boleh membendung keadaan ini, pemeriksaan berkala bagi tekanan darah anda dan pengurusan keadaan yang wajar boleh mengurangkan risiko anda untuk mengalami kegagalan ginjal.

Pesakit hipertensi hendaklah kerap bersenam untuk mengekalkan berat mereka dalam julat yang sihat dan ini boleh merendahkan tekanan darah mereka.

Ketahui cara-cara untuk mengatasi pengambilan garam anda dan mengamalkan senaman untuk mengelak kegagalan ginjal.

Berhenti merokok untuk selamanya

Ginjal anda akan berterima kasih kepada anda kerana meninggalkannya. Aliran darah ke ginjal anda akan bertambah baik, memastikan bahawa nefron-nefron yang menjalankan tugas penting menapis sisa dari darah anda, dalam keadaan terbaik.

Jika perlu pertimbangkanlah untuk berunding dengan doktor tentang kaedah berhenti dan / atau menjalani Terapi Penggantian Nikotin (NRT).

Hentikan pengambilan pil-pil

Mereka yang sudah mengalami penurunan fungsi ginjal, sedang mengalami penyakit jantung atau hipertensi, harus berbincang dengan doktor sebelum mengambil NSAIDS kerana ubata NSAIDs boleh meningkatkan risiko penyakit ginjal. Jika anda seorang pengguna biasa atau kerap mengambil NSAIDS dan mengalami keadaan yang disebutkan di atas, anda boleh membuat ujian darah atau air kencing untuk memeriksa kadar fungsi ginjal anda.

Ketahui sejarah kesihatan ahli keluarga anda

Mempunyai ahli keluarga yang mengalami penyakit ginjal tidak bermaksud anda pasti akan mendapat penyakit ini. Walaupun kita tidak boleh mengubah genetik kita, kita boleh mendidik diri tentang kesihatan dan membuat pilihan yang baik agar faktor risiko keseluruhan dapat dikurangkan dari terkena penyakit ginjal.

Tiada PUSINGAN U untuk kerosakan ginjal.
Ambil langkah selanjutnya ke arah pengesanan awal dengan mengikuti pemeriksaan kesihatan sekarang!

Nota: Keputusan di atas bukan muktamad untuk status kesihatan dan keadaan medikal anda. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan kesihatan dan diagnosis yang wajar.

Bagaimana cara memeriksa sekiranya mengalami kegagalan ginjal?

Perhatikan keadaan ginjal anda dan tanda-tanda amaran awal dengan teliti. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala kegagalan ginjal, segera berjumpa dengan doktor dan doktor anda boleh mengesyorkan pada anda ujian pemeriksaan ginjal untuk diagnosis lanjut.

Doktor anda juga boleh memeriksa anggaran Kadar Penapisan Glomerulus (eGFR) anda, yang merupakan indikasi tentang keupayaan kapasiti ginjal anda.

Tatkala kondisi pesakit Penyakit Ginjal Kronik (CKD) semakin teruk, kadar eGFR semakin merosot. Di CKD Tahap 5, juga dikenali sebagai Penyakit Renal Tahap Akhir (ESRD) atau kegagalan ginjal, pesakit memerlukan dialisis jangka panjang atau pemindahan organ untuk kekal hidup.

Apakah yang akan berlaku jika saya disahkan menghidap kegagalan ginjal?

Pesakit yang disahkan mengalami kegagalan ginjal memerlukan dialisis atau pemindahan ginjal. Walau bagaimanapun, dialisis tidak dapat menggantikan fungsi ginjal kita sepenuhnya kerana ia berfungsi secara berterusan 24 jam, 7 hari seminggu untuk memastikan komposisi badan kita tetap normal manakala dialisis berselang-seli.

Kualiti kehidupan pesakit dialisis dihadkan oleh penyakit tersebut, hingga tahap tertentu. Secara ideal, pemindahan ginjal merupakan rawatan terbaik kerana ginjal yang dipindahkan itu boleh menggantikan hampir sepenuhnya fungsi ginjal yang gagal.

8 rahsia untuk mengatasi pembunuh senyap

Mengekalkan kesihatan ginjal yang wajar merupakan salah satu cara untuk menghalang Kegagalan Ginjal.

Program Khidmat Bantuan

NKF berkomited untuk mendidik tentang kesihatan ginjal, punca-punca dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memelihara kesihatan ginjal melalui program-program pedekatan kami.
Langgani buletin kami
Butiran Hubungan
Pertanyaan Media

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) berusaha untuk menjadi penyokong dan penyepadu untuk kesihatan ginjal dan penjagaan holistik untuk masyarakat oleh masyarakat. Sementara menyokong para pesakit yang mengalami kegagalan ginjal dengan rawatan dialisis yang berkualiti dan penjagaan bersepadu, misi yang lebih besar adalah untuk mencegah atau menunda kegagalan ginjal melalui pendidikan kesihatan ginjal dengan integrasi yang lebih mendalam bagi masyarakat serta kerjasama  kolaboratif yang berstrategik.

Copyright © 2021 NKF. Developed by I Concept. All rights reserved.
error: Content is protected !!
Scroll to Top

FAQ

General Enquiries

Admissions

Kidney Live Donor Support Fund

Donation & Volunteering

Can't find what you are looking for?

Notice

Thank you for visiting us.

Due to the current COVID-19 situation, we seek your kind understanding and patience should our response be delayed. Rest assured that we will get back to you as soon as we can.

We are grateful for your steadfast support as we strive hard to overcome the challenges during this trying period to ensure our patients continue to receive dialysis treatment uninterrupted.