Rawatan

Apakah itu Dialisis Peritoneal?

Dialisis peritoneal adalah rawatan untuk kegagalan ginjal. Suatu tiub kekal yang sudah disteril akan diselitkan ke rongga perut (peritoneal) pesakit. Melalui tiub tersebut, cecair larutan dialisis yang disalurkan ke dalam abdomen. Cecair tersebut akan bantu mengeluarkan sisa-sisa kekotoran daripada saluran darah yang terdapat dalam peritoneum (rongga perut). Kemudian, sisa kotoran tersebut akan disalirkan keluar dari badan pesakit.

Terdapat 2 jenis dialisis peritoneal – Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (CAPD) dan Dialisis Peritoneal Automatik (APD). Rawatan PD ini dapat memberi pesakit lebih banyak kelonggaran dan pengawalan ke atas kehidupan mereka. Dengan adanya Program Sokongan Masyarakat PD oleh NKF, pesakit akan diberi sokongan sepenuhnya agar mereka menerima rawatan PD yang baik dan kekal sihat. Untuk mencapai hasil yang terbaik serta kehidupan yang aktif, para pesakit dan ahli keluarga mereka perlu bekerjasama dengan pasukan penjagaan kesihatan.

Soalan-Soalan Yang Sering Diajukan

Langkah Pertama

Tiub kateter akan dimasukkan ke dalam kaviti abdomen secara pembedahan.

Langkah Kedua

Cecair larutan dialisis disalurkan ke dalam abdomen.

Langkah Ketiga

Proses dialisis sedang dijalankan. Sisa kotoran, cecair kumuhan dan bahan kimia mengalir melalui membran peritoneal ke dalam cecair larutan dialisis.

Langkah Keempat

Cecair larutan PD yang “terpakai” itu akan disalirkan keluar dan akan diganti dengan dua liter cecair larutan baharu untuk rawatan selanjutnya (proses pertukaran).

Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (CAPD) dilakukan pada siang hari dan tanpa penggunaan mesin. Proses ini dijalankan dengan menggunakan sistem beg PD, daya tarikan graviti untuk mengisi dan mengosongkan abdomen. Doktor akan menetapkan jumlah pertukaran yang diperlukan oleh pesakit, biasanya tiga atau empat pertukaran pada siang hari dan satu pertukaran pada waktu petang. Penggantian cecair larutan PD baharu dengan larutan PD terpakai, disebut satu pertukaran.

Pesakit boleh berjalan-jalan dengan cecair larutan dialisis di dalam abdomen. Pertukaran tidak diperlukan semasa pesakit sedang tidur.

Dialisis Peritoneal Automatik (APD) biasanya dilakukan pada malam hari dengan menggunakan mesin yang dinamakan sebagai cycler. Mesin ini akan mengubah larutan dialisis pada waktu malam biasanya, ketika pesakit sedang tidur. Ini bermakna pesakit perlu disambungkan (melalui kateter tiub) pada mesin selama 8-10 jam.

PD boleh dilakukan di rumah, di tempat kerja atau dalam perjalanan tetapi memerlukan pengawasan yang teliti.

Tanpa rasa sakit dan tiada penggunaan jarum
  • Tidak seperti HD, vaskular akses atau jarum vaskular tidak diperlukan untuk PD. Oleh itu PD adalah prosedur yang tidak menyakitkan.
  • Komplikasi yang berkaitan dengan akses vaskular adalah salah satu penyebab biasa kemasukan ke hospital bagi pesakit hemodialisis.
Terapi di rumah
  • Pesakit menjalani rawatan dengan selesa di rumahnya sendiri.
  • Tidak perlu pergi ke pusat dialisis untuk mendapatkan rawatan dan tidak terhad kepada jadual pusat dialisis.
  • Lebih banyak fleksibiliti untuk menyesuaikan rawatan dialisis dengan gaya hidup mereka.
  • Pesakit menguruskan sendiri rancangan rawatan dengan nasihat yang diberikan oleh pasukan penjagaan PD.
Cara yang lebih lembut dan berfungsi seperti ginjal semula jadi
  • PD meniru fungsi ginjal sebenar kerana kehadiran cecair larutan PD yang berterusan di rongga abdomen membolehkan pembuangan sisa produk dan lebihan air dari darah secara berterusan.
  • Sifat PD yang tidak rumit dan selamat. Pesakit mengehadkan makanan yang lebih rendah dan kurang mengalami kesan sampingan.

Program Sokongan Masyarakat PD ini disediakan oleh NKF secara percuma. Program ini merangkumi perkhidmatan sokongan seperti NKF PD Lawatan Rumah yang dikendalikan oleh sepasukan jururawat yang berpengalaman dan terlatih dalam perihal PD. Klik di sini untuk memuat turun risalah Program Sokongan Masyarakat PD.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi kami di 1800-KIDNEYS (543697) atau emel kepada pd.support@nkfs.org

 

Kelayakan Penerimaan Pesakit & Struktur Kos

Semua pemohon perlu menjalani penilaian kewangan melalui ujiian keupayaan yang komprehensif.

Panduan Pemakanan Secara Bijak Bagi Pesakit Dialisis

Diet yang seimbang penting bagi pesakit dialisis agar tetap cergas kerana ginjal mereka tidak lagi berfungsi pada kapasiti sepenuhnya. Terus membaca untuk mengetahui perkara-perkara yang anda perlu awasi berkenaan diet anda.

Menjaga Kesihatan bagi Pesakit Dialisis

Senaman adalah berkesan dalam pengurusan dan kawalan penyakit kronik, dan juga membantu anda untuk menghilangkan tekanan. Ketahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis senaman yang paling sesuai untuk anda.

Penemuan Kekuatan Dan Kebebasan

Dengarlah pengkongsian daripada para pesakit kami tentang pengalaman dialisis peritoneal, dan memberi semangat kepada mereka untuk memainkan peranan penting semasa menjalani rawatan mereka serta menawarkan fleksibiliti untuk memenuhi keperluan mereka yang kian berubah. Inilah kisah-kisah mereka dalam bahasa Inggeris.

Program Sokongan Masyarakat PD

Program Sokongan Masyarakat PD ini menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan secara percuma seperti Lawatan Rumah PD NKF yang dikendalikan oleh sepasukan jururawat terlatih.
Butiran Hubungan
Pertanyaan Media

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) berusaha untuk menjadi penyokong dan penyepadu untuk kesihatan ginjal dan penjagaan holistik untuk masyarakat oleh masyarakat. Sementara menyokong para pesakit yang mengalami kegagalan ginjal dengan rawatan dialisis yang berkualiti dan penjagaan bersepadu, misi yang lebih besar adalah untuk mencegah atau menunda kegagalan ginjal melalui pendidikan kesihatan ginjal dengan integrasi yang lebih mendalam bagi masyarakat serta kerjasama  kolaboratif yang berstrategik.

Copyright © 2021 NKF. Developed by I Concept. All rights reserved.
error: Content is protected !!
Scroll to Top

FAQ

General Enquiries

Admissions

Kidney Live Donor Support Fund

Donation & Volunteering

Can't find what you are looking for?

Notice

Thank you for visiting us.

Due to the current COVID-19 situation, we seek your kind understanding and patience should our response be delayed. Rest assured that we will get back to you as soon as we can.

We are grateful for your steadfast support as we strive hard to overcome the challenges during this trying period to ensure our patients continue to receive dialysis treatment uninterrupted.