Pencegahan Kegagalan Ginjal

Rahsia untuk Mengatasi Pembunuh Senyap!

Penyakit ginjal ialah pembunuh senyap, yang merosakkan ginjal dari masa ke masa, dan biasanya tidak menunjukkan gejala yang jelas sehingga ke tahap akhir. Cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat dapat menunjukkan perbezaan dalam mencegah diri dari penyakit ginjal!

Berikut adalah 8 rahsia untuk mengurangkan risiko dari menghidap penyakit ginjal:

Berusaha Secara Berterusan untuk Memilih Makanan yang Kurang Gula, Natrium dan Lemak Apabila Makan di Luar!
Klik sini

Tahukah anda tentang kadar natrium yang terkandung dalam makanan anda?

Klik di sini untuk membongkar misteri ini!

1 of 3
Klik sini

Kehidupan boleh menjadi lebih manis tanpa gula.

Klik di sini untuk mengetahui bagaimana anda boleh mengurangkan pengambilan gula.

2 of 3
Klik sini

Hadkan pengambilan lemak dan kolesterol anda sebab trigliserida dan kolesterol LDL yang tinggi boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, serangan jantung, strok dan penyakit ginjal.

 

Klik di sini untuk mengetahui selanjutnya

3 of 3
Ketahui Risiko Anda!

Gaya hidup yang tidak aktif meningkatkan risiko obesiti, penyakit diabetes jenis II, hipertensi dan penyakit kronik lain. Kekalkan berat badan yang sihat dengan tetap aktif dan tidak makan berlebihan.

Berikut adalah faedah-faedah bersenam dengan kerap:

Menguatkan jantung, tulang dan badan anda secara menyeluruh
Meningkatkan kualiti tidur, daya kognisi dan ingatan
Mengurangkan tekanan dan meningkatkan kualiti kehidupan anda
Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit diabetes dan penyakit jantung

Berikut adalah beberapa bahan Kesihatan & Kecergasan yang boleh membantu menilai komposisi badan anda.

Berhenti Merokok & Kurangkan Pengambilan Minuman Beralkohol

Merokok merosakkan saluran darah di dalam badan. Hasilnya, ia akan memperlahankan aliran darah ke ginjal dan mengurangkan keupayaannya untuk berfungsi secara normal. Merokok boleh juga meningkatkan risiko anda untuk menghidap barah ginjal.

Pertimbangkan untuk berjumpa dengan doktor untuk membincangkan kaedah berhenti merokok dan menerima Rawatan Penggantian Nikotin (NRT) jika perlu.

Selain itu, minum minuman beralkohol dengan terlalu banyak akan meningkatkan tekanan darah anda. Tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyebab penyakit ginjal yang paling biasa

Menurut Hab Kesihatan Singapura, kaum adam dinasihatkan untuk tidak minum lebih daripada 2 minuman standard sehari manakala wanita pula, tidak melebihi daripada 1.

Standard minuman beralkohol ditakrifkan sebagai:
1 tin (330 ml) bir biasa, 1/2 gelas (100 ml) wain atau 1 sesap (30 ml) spirit.

Pengawalan Jumlah Makanan Yang Diambil

Diet yang sihat mengandungi 2 hidangan buah-buahan + 2 hidangan sayur-sayuran setiap hari, dengan bijirin penuh dan daging tanpa lemak.

Mulakan Rejim Senaman

Aktiviti fizikal sangat penting di semua peringkat kehidupan. Berikut adalah beberapa cadangan aktiviti fizikal yang sesuai dengan pelbagai tahap usia.

Terokai Selanjutnya

Pantau Tekanan Darah dan Paras Gula Darah

Sekiranya anda sudah menghidap diabetes, dan tekanan darah tinggi, anda masih boleh mencegah kegagalan ginjal dengan:

  • Mengawal paras gula darah dengan baik
  • Mengekalkan tekanan darah dalam julat normal
  • Mengawal kadar kolesterol darah
  • Lawatan berkala untuk berjumpa dengan doktor
  • Mengambil ubatan sebagaimana dipreskripsikan
Menyediakan Makanan Anda Sendiri

Makanan yang dimasak di rumah adalah terbaik kerana ia membolehkan kita mengawal jumlah gula, garam dan lemak yang dimasukkan ke dalam makanan. Dinyatakan di sini, beberapa resipi sihat untuk anda mulakan perjalanan makanan sihat anda

Ketika kesuntukan masa untuk menyediakan makanan di rumah, jangan risau! Muat turunkan PDF Panduan Penjaja untuk cadangan lanjut mengenai cara pemakanan yang sihat apabila keluar makan!

Pengesanan Awal adalah Penting

Pemeriksaan kesihatan awal merupakan kunci untuk mengesan kegagalan ginjal kerana kebanyakan orang dengan tahap penyakit ginjal awal tidak menunjukkan gejala yang jelas. Dengan adanya pra-kondisi seperti penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi, peluang anda untuk mendapat masalah ginjal pada kemudian hari semakin meningkat.

Terokai selanjutnya jika anda berisiko untuk mengalami kegagalan ginjal

Nota: Sekiranya anda menghidap penyakit kronik ginjal atau sedang mendapatkan rawatan dialisis dan perlu mengehadkan pemakanan di dalam diet, tanyakan dahulu kepada doktor atau pakar pemakanan sebelum membuat apa-apa perubahan kepada diet anda. Maklumat di atas khas bagi mereka yang ingin melindungi ginjal mereka dan yang berisiko terkena penyakit ginjal. Ia bukannya untuk mereka yang telah pun menghidap penyakit ginjal.

Butiran Hubungan
Pertanyaan Media

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) berusaha untuk menjadi penyokong dan penyepadu untuk kesihatan ginjal dan penjagaan holistik untuk masyarakat oleh masyarakat. Sementara menyokong para pesakit yang mengalami kegagalan ginjal dengan rawatan dialisis yang berkualiti dan penjagaan bersepadu, misi yang lebih besar adalah untuk mencegah atau menunda kegagalan ginjal melalui pendidikan kesihatan ginjal dengan integrasi yang lebih mendalam bagi masyarakat serta kerjasama  kolaboratif yang berstrategik.

Copyright © 2021 NKF. Developed by I Concept. All rights reserved.
error: Content is protected !!
Scroll to Top

FAQ

General Enquiries

Admissions

Kidney Live Donor Support Fund

Donation & Volunteering

Can't find what you are looking for?

Notice

Thank you for visiting us.

Due to the current COVID-19 situation, we seek your kind understanding and patience should our response be delayed. Rest assured that we will get back to you as soon as we can.

We are grateful for your steadfast support as we strive hard to overcome the challenges during this trying period to ensure our patients continue to receive dialysis treatment uninterrupted.