Sokonglah Kami

Program-Program Sukarelawan

Sinar Harapan

Temani pesakit kami keluar daripada pengasingan sosial dengan menghulurkan persahabatan anda melalui program intervensi ini. Jadilah mata dan telinga kami, berganding bahu bagi memberikan penjagaan yang lebih baik kepada pesakit kami.

  • Program ini – berasaskan rujukan kes
  • Semua lawatan rumah hendaklah dijalankan secara berpasangan
  • Sukarelawan akan dipadankan dengan para pesakit yang berasaskan dengan lokasi geografi, bahasa pertuturan dan keperluan yang lain.
Sesi Pendampingan Di Pusat Dialisis

Menjadi pendengar yang mendengar keluhan hati para pesakit, memberi kata-kata dorongan di samping memberi semangat dan senyuman yang dapat menceriakan hari mereka. Ayuh, bantulah kami menyinari hati mereka dengan harapan dan meringankan beban rawatan mereka sekarang!

  • Tarikh: Sebarang hari antara hari Isnin hingga hari Sabtu
  • Masa:
    – 8.00 pagi – 10.00 pagi ATAU
    – 1.00 petang – 3.00 petang ATAU
    – 6.00 petang – 8.00 malam
    (Nota: Masa mungkin berbeza, bergantung pada pusat dialisis yang dipilih)
  • Tempat: Klik di sini untuk senarai pusat-pusat dialisis yang boleh dikunjungi
  • Bilangan Sukarelawan: Maksimum 15 orang
Hari Pesakit Bersiar-siar

Anjurkan dan menaja acara-acara lawatan bagi para pesakit kami agar mereka berperluang melawat ke tempat-tempat menarik sambil menggunakan masa berkualiti bersama orang tersayang. Bantulah mereka untuk mencipta memori indah dan dan pengalaman baru melalui sokongan dan kemurahan hati anda sekarang!

  • Hari, Masa & Tempat: Fleksibel
Pengiring Pesakit

Jadilah Pengiring Pesakit dan bantu pesakit kami mengakses ke tempat-tempat rawatan perubatan; ia amat penting bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang berkualiti.

  • Program ini berasaskan rujukan kes
  • Sukarelawan hanya diperlukan untuk mengiringi pesakit sama ada dari rumah ke pusat dialisis mereka atau dari pusat dialisis balik ke rumah mereka
  • Untuk permohonan menjadi pengiring ke hospital, sukarelawan diminta agar mengiringi pesakit sepanjang tempoh lawatan di hospital
  • Sukarelawan yang mempunyai kenderaan lebih digalakkan untuk menyertai program ini tetapi tidak diamanatkan.
Bantuan Rumah

Bantu menyediakan persekitaran tempat tinggal yang bersih dan selesa bagi pesakit sekarang!

  • Program ini berasaskan rujukan kes
  • Tarikh dan masa sesi bergantung pada keadaan kesihatan dan kesediaan pesakit.
Bantuan Pentadbiran

Bantu kami untuk mencapai tahap operasi yang cekap dengan memberikan Bantuan Pentadbiran.

  • Tarikh: Sebarang hari antara hari Isnin hingga hari Jumaat
  • Masa: Antara 9.00 pagi – 5.00 petang
  • Tempat: Pusat NKF
Acara-acara

Anda boleh menyokong kami bagi menjayakan acara kami sebagai pembantu di reruai, penyambut tetamu, jurufoto dan sebagainya.

Untuk mengetahui acara yang akan datang, sila klik di sini.

Pengayaan

Anda boleh membantu kami bagi memperkayakan kehidupan pesakit kami dengan melatih mereka dengan kemahiran baru atau melalui perkongsian hobi kegemaran anda dengan mereka.

  • Hari, Masa & Tempat: Fleksibel
Sukarelawan Korporat / Sekolah

Kami juga mengalu-alukan sukarelawan korporat dan sekolah bagi membentuk kumpulan sukarelawan!

Hubungi kami melalui volunteer@nkfs.org sekarang!

Program Rakan NKF

The Friends of NKF (FON) Programme was laProgram Rakan NKF (FON) ini dilancarkan pada bulan November 2016 bagi memberikan penghargaan kepada para penderma yang murah hati dalam menyokong perjuangan kami selama ini. Harap maklum, informasi selanjutnya dalam bahasa Inggeris.

Program-Program Sumbangan

Setiap sumbangan amat penting bagi para pesakit ginjal kami.

Butiran Hubungan
Pertanyaan Media

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) berusaha untuk menjadi penyokong dan penyepadu untuk kesihatan ginjal dan penjagaan holistik untuk masyarakat oleh masyarakat. Sementara menyokong para pesakit yang mengalami kegagalan ginjal dengan rawatan dialisis yang berkualiti dan penjagaan bersepadu, misi yang lebih besar adalah untuk mencegah atau menunda kegagalan ginjal melalui pendidikan kesihatan ginjal dengan integrasi yang lebih mendalam bagi masyarakat serta kerjasama  kolaboratif yang berstrategik.

Copyright © 2021 NKF. Developed by I Concept. All rights reserved.
error: Content is protected !!
Scroll to Top

FAQ

General Enquiries

Admissions

Kidney Live Donor Support Fund

Donation & Volunteering

Can't find what you are looking for?

Notice

Thank you for visiting us.

Due to the current COVID-19 situation, we seek your kind understanding and patience should our response be delayed. Rest assured that we will get back to you as soon as we can.

We are grateful for your steadfast support as we strive hard to overcome the challenges during this trying period to ensure our patients continue to receive dialysis treatment uninterrupted.