Mengenai Kami

Ikuti kami di Facebook
Ikuti kami di Instagram
Ikuti kami di Youtube

Mengenai Kami

Sebagai peneraju yang menyediakan rawatan dialisis bagi masyarakat, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) telah mulakan model rawatan ginjal yang bersepadu bagi menyokong keperluan kesihatan dan sosial pesakit kami yang semakin meningkat, khususnya pesakit yang semakin berusia dan lemah dengan pelbagai keadaan kronik.

Mengubah Landskap Renal Sebagai Penyepadu Penjagaan Komuniti

Peranan kami sebagai penyepadu penjagaan masyarakat, kami bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan dan menempatkan semua pesakit kami di pusat dialisis dalam lingkungan 5km dari kediaman mereka. Secara berterusan, kami menggunakan pendekatan kolaboratif dengan bekerja sama dengan agensi pemerintah, agensi sosial dan hospital-hospital awam untuk menyediakan penjagaan dan rawatan ginjal bersepadu dan lancar. Kami juga memanfaatkan kekuatan sukarelawan kami serta berganding bahu dengan pihak-pihak individu dan korporat yang telah menyumbang dengan murah hati bagi mendokong matlamat kami. Langkah strategis kami dengan menubuhkan kemudahan dialisis di hospital komuniti dalam lingkungan hospital rawatan tinggi dan balai-balai rakyat.

Bersama Pesakit Di Garis Permulaan

Kami telah memperluaskan lagi skop penjagaan bagi pesakit di luar rawatan dialisis melalui program-program yang membolehkan para pesakit untuk membuat pilihan rawatan yang sesuai ketika mereka mula-mula didiagnosis dengan kegagalan ginjal dan juga membuat pilihan-pilihan lain yang terbaik bagi diri mereka. Kami akan terus menyokong para pesakit sepanjang rawatan yang memenuhi pelbagai keperluan mereka, di samping mendorong ke arah pemindahan ginjal.

Membina Penglibatan & Pelaksanaan Melalui Pendidikan & Pencegahan

Semasa menyediakan rawatan dialisis, kami mengakui bahawa terdapat keperluan untuk membendung insiden kegagalan ginjal melalui pendidikan dan pencegahan. Rangkaian program pendidikan awam kami dibangunkan khusus untuk memastikan ia sesuai untuk khalayak yang ramai dalam kalangan masyarakat, sekolah, badan korporat dan juga organisasi keagamaan. Kami juga melibatkan kumpulan-kumpulan berisiko tinggi seperti ahli keluarga para pesakit ginjal, masyarakat Melayu/Muslim dan individu-individu yang menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Memacu Produktiviti & Prestasi Melalui Pembangunan Staf

Kami juga membina tempat kerja yang menarik dan bersemangat di samping meningkatkan pembangunan staf kami, di samping menyediakan peluang belajar, berkembang dan cemerlang agar prestasi dan produktiviti terus dapat dipertingkatkan.

Lembaga Pengarah

Lembaga Pengarah NKF bertindak bagi memenuhi kepentingan terbaik NKF dan memastikan bahawa gerak kerja kami dilaksanakan dengan berkesan dan cekap, serta mematuhi semua undang-undang, peraturan dan perundangan yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Pengarah berusaha untuk memastikan bahawa anggota Lembaga Pengarah, sebagai satu kumpulan, mempunyai kecekapan teras dalam bidang seperti perakaunan dan kewangan, perniagaan dan pengurusan umum, komunikasi, penjagaan kesihatan, sumber manusia, undang-undang, perubatan, perancangan strategik dan teknologi. Ia juga berusaha untuk memastikan bahawa ia mewujudkan tahap kepelbagaian. Lembaga Pengarah percaya bahawa untuk menjadi efektif, ia tidak sepatutnya bilangan besar, dan pada masa yang sama, ia perlu memastikan bahawa terdapat keluasan dan kepelbagaian kepakaran serta pandangan yang mencukupi selain mewakili penglibatan jantina dan kesinambungan perkhidmatan. Anggota Lembaga merupakan sukarelawan dan tidak mendapat ganjaran.

Butiran Hubungan
Pertanyaan Media

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) berusaha untuk menjadi penyokong dan penyepadu untuk kesihatan ginjal dan penjagaan holistik untuk masyarakat oleh masyarakat. Sementara menyokong para pesakit yang mengalami kegagalan ginjal dengan rawatan dialisis yang berkualiti dan penjagaan bersepadu, misi yang lebih besar adalah untuk mencegah atau menunda kegagalan ginjal melalui pendidikan kesihatan ginjal dengan integrasi yang lebih mendalam bagi masyarakat serta kerjasama  kolaboratif yang berstrategik.

Copyright © 2021 NKF. Developed by I Concept. All rights reserved.
error: Content is protected !!
Scroll to Top

FAQ

General Enquiries

Admissions

Kidney Live Donor Support Fund

Donation & Volunteering

Can't find what you are looking for?

Notice

Thank you for visiting us.

Due to the current COVID-19 situation, we seek your kind understanding and patience should our response be delayed. Rest assured that we will get back to you as soon as we can.

We are grateful for your steadfast support as we strive hard to overcome the challenges during this trying period to ensure our patients continue to receive dialysis treatment uninterrupted.