Sokonglah Kami

Program-Program Sumbangan

LifeDrops

Skim sumbangan bulanan ini memberikan para penderma pilihan untuk membuatsumbangan kecil melalui GIRO Antara Bank atau kad kredit.

Sumbangan ini akan membantu di samping menyokong dan memastikan kesinambungan dan kestabilan program kami. Melalui cara ini, anda boleh memainkan peranan dalam membantu para pesakit ginjal kami yang memerlukan untuk terus menjalani kehidupan mereka dengan lebih bermakna.

Mesin Dialisis

Sebagai penghubung nyawa para pesakit, setiap mesin ini mempunyai purata jangka hayat selama 7-8 tahun. Sumbangan bernilai $20,000 dapat menaja 1 mesin dialisis yang memberi manfaat kepada 6 orang pesakit yang memerlukan rawatan dialisis sebanyak 3 kali seminggu, 4-5 jam pada setiap sesi.

Penyumbang A.K.

Para pesakit menjalani rawatan sebanyak tiga kali seminggu dan perlu melakukannya sepanjang hayat mereka. Untuk setiap rawatan, mereka bergantung pada alat Ginjal Buatan (Artificial Kidney A.K.) untuk menuras sisa dan cecair berlebihan daripada badan mereka. Dengan sumbangan $25, anda dapat memberi manfaat kepada seorang pesakit yang menggunakan A.K. selama seminggu.

Kebajikan

Selain menangani masalah kegagalan ginjal kronik, kebanyakan pesakit kami juga memerlukan dorongan dan penjagaan holistik yang berterusan. Sumbangan anda akan menyokong keperluan psikososial, kesihatan fizikal, zat makanan dan keperluan pengangkutan mereka serta meringankan beban kewangan dan emosi mereka.

Acara Istimewa

Sama ada meraikan majlis ulang tahun, hari lahir, pertunangan, majlis meraikan bakal ibu, hari perkahwinan atau Hari Ibu/Bapa, memeriahkan lagi sambutan anda dan jadikannya acara yang menakjubkan! Ini adalah satu cara terbaik untuk menghargai seseorang yang istimewa dengan memberi sumbangan atas nama atau bersempena dengan orang yang anda kasihi. Berikan Kehidupan & Harapan kepada pesakit ginjal yang memerlukan dan jadikan hari itu hari yang paling manis dan bermakna!

Sumbangan Ikhlas (Bukan Tunai)

Kami mengalu-alukan sumbangan produk-produk yang berkaitan dengan misi organisasi. Contoh tajaan bukan tunai termasuk – peruntukan barangan keperluan asas para pesakit dan tajaan produk bagi acara-acara bergantung pada keperluan pesakit dan acara

Sila hubungi kami di lifedrops@nkfs.org jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk yang kami perlukan.

Buat Sumbangan Terancang

Melalui program ini, anda boleh membuat ikrar untuk menyumbang hartanah, CPF, simpanan atau polisi insurans hayat anda kepada NKF. Semua ikrar sumbangan hanya akan berkuat kuasa selepas kematian anda. Penamaan hartanah boleh diikrarkan melalui wasiat; wang simpanan CPF melalui penamaan CPF dan penamaan polisi-polisi insurans hayat melalui syarikat insurans anda.

Cara-cara Lain Untuk Menyumbang

Terdapat banyak cara untuk membantu pesakit yang memerlukan bantuan. Pilihlah cara yang terbaik. Budi baik anda amat dihargai dan bermakna bagi pesakit kami. Harap maklum, informasi selanjutnya dalam bahasa Inggeris.

Program Rakan NKF

Program Rakan NKF (FON) ini dilancarkan pada bulan November 2016 bagi memberikan penghargaan kepada para penderma yang murah hati dalam menyokong perjuangan kami selama ini. Harap maklum, informasi selanjutnya dalam bahasa Inggeris.

Sertai sebagai Sukarelawan

Para sukarelawan memainkan peranan bagi meningkatkan semangat para pesakit untuk mengatasi pelbagai cabaran dan meneruskan kehidupan mereka dengan lebih bermakna. Anda boleh memberi Kehidupan dan Harapan kepada para pesakit melalui program-program sukarelawan

Butiran Hubungan
Pertanyaan Media

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) berusaha untuk menjadi penyokong dan penyepadu untuk kesihatan ginjal dan penjagaan holistik untuk masyarakat oleh masyarakat. Sementara menyokong para pesakit yang mengalami kegagalan ginjal dengan rawatan dialisis yang berkualiti dan penjagaan bersepadu, misi yang lebih besar adalah untuk mencegah atau menunda kegagalan ginjal melalui pendidikan kesihatan ginjal dengan integrasi yang lebih mendalam bagi masyarakat serta kerjasama  kolaboratif yang berstrategik.

Copyright © 2021 NKF. Developed by I Concept. All rights reserved.
error: Content is protected !!
Scroll to Top

FAQ

General Enquiries

Admissions

Kidney Live Donor Support Fund

Donation & Volunteering

Can't find what you are looking for?

Notice

Thank you for visiting us.

Due to the current COVID-19 situation, we seek your kind understanding and patience should our response be delayed. Rest assured that we will get back to you as soon as we can.

We are grateful for your steadfast support as we strive hard to overcome the challenges during this trying period to ensure our patients continue to receive dialysis treatment uninterrupted.