Search
Close this search box.

Rawatan

Menjaga Kesihatan Bagi Pesakit Pemindahan Ginjal

Senaman dapat membantu meningkatkan fungsi kardiovaskular badan, mengawal tekanan darah dan gula di dalam darah. Ia juga memberi pesakit fungsi fizikal yang lebih baik dan mengurangkan kesan sampingan ubatan imunosupresan yang perlu diambil oleh pesakit selepas menerima pemindahan ginjal. Oleh kerana kesihatan kardiovaskular juga ialah penyumbang utama bagi kematian selepas pemindahan, para pesakit selepas pemindahan dinasihatkan untuk bersenam kerana mereka berisiko lebih tinggi mendapat penyakit kardiovaskular.

Berapa lama selepas pemindahan, pesakit boleh mula bersenam?

Tempoh rehat yang diperlukan sebelum memulakan senaman bergantung pada umur dan keadaan kesihatan pesakit. Pesakit perlu sentiasa berbincang dengan doktor pemindahan ginjal mereka tentang kesesuaian sebelum memulakan sebarang program senaman.

Apakah senaman yang sesuai?

Mulakan senaman ringan dan impak yang rendah seperti berjalan kaki. Setelah tahap kecergasan awal dapat ditingkatkan, pesakit boleh memulakan senaman lebih lasak.

Klik di sini untuk Senaman Kekuatan (Buku Kecil Hues)

Berapa kerap saya harus bersenam?

Pesakit pemindahan ginjal boleh melakukan aktiviti selama 60 minit sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu. Aktiviti ini hendaklah terdiri daripada kedua-dua senaman aerobik dan rintangan. Namun, jika masa atau tahap kesihatan tidak membolehkan anda melakukan aktiviti 60 minit secara berterusan, senaman selama 20 minit beberapa kali dalam sehari yang sama faedahnya. Pesakit hendaklah berusaha bersenam sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Senaman mungkin tidak menunjukkan apa-apa faedah serta-merta. Oleh itu, pesakit tidak perlu merasa kecewa jika mereka tidak melihat hasil yang nyata selepas bersenam selama 2 hingga 3 sesi. Sebaliknya, mereka harus mereruskan program senaman kecuali jika mereka merasa tidak selesa. Mereka perlu memantau kemajuan mereka dan memeriksa dengan pakar senaman jika mereka mempunyai sebarang kebimbangan.

Klik di sini untuk Buku Kesihatan Hues
error: Content is protected !!
K-Buddy
wpChatIcon
Scroll to Top

Notice

Thank you for visiting our website.

Please be informed that our online donation portal will be temporarily unavailable on Tuesday, 17th December 2024, from 03:00 AM to 05:00 AM, and Saturday, 21st December 2024, from 11:00 PM to Monday, 23rd December 2024, 05:00 AM for maintenance.

If you have any donation inquiries during this time, please feel free to email us at lifedrops@nkfs.org.

We apologise for any inconvenience caused.