Sokonglah Kami
- Ruang Utama
- >
- Sokonglah Kami
- >
- Program-Program Sumbangan
- >
- LifeDrops
Ikuti kami di Facebook
Ikuti kami di Instagram
Ikuti kami di YouTube
Ikuti kami di TikTok
LifeDrops
LifeDrops ialah sumber sumbangan utama kami daripada para penderma melalui potongan bulanan secara automatik. Melalui cara sumbangan ini, ia membolehkan kami mengekalkan perbelanjaan yang rendah dan penjimatannya dapat disalurkan kepada para pesakit yang memerlukan.
SGD $40 menyediakan baucar barangan runcit kepada pesakit untuk membeli keperluan harian.
SGD $25 menyediakan Ginjal Tiruan (Artificial Kidney A.K.) kepada pesakit untuk menuras sisa-sisa dan cecair berlebihan selama 1 minggu.
SGD $10 menyediakan nutrisi tambahan kepada pesakit yang mengalami kekurangan zat makanan selama 1 minggu.
Q. Bagaimana saya boleh menyumbang kepada LifeDrops?
Anda boleh membuat sumbangan melalui GIRO atau kad kredit. Namun, kami menggalakkan anda untuk membuat sumbangan melalui GIRO kerana ia membantu kami mengurangkan kos pentadbiran.
Q. Bilakah tarikh pengaktifan LifeDrops?
Pihak bank akan mengambil masa kira-kira sebulan untuk menyempurnakan proses pengaktifan ini. Kami akan menghantar surat pengesahan untuk memaklumkan tentang potongan pendermaan pertama anda.
Q. Apakah faedah cukai?
Anda mendapat potongan cukai sebanyak 2.5 kali ganda jumlah sumbangan, yang bermakna setiap $1 yang anda dermakan, $2.50 akan dipotong daripada cukai pendapatan anda. Sekiranya anda inginkan sumbangan anda disertai dalam pentaksiran cukai secara automatik, anda perlu memberi kami nombor Kad Pengenalan/FIN anda.
Apakah yang akan berlaku jika akaun simpanan saya tidak mempunyai dana yang mencukupi?
Anda boleh menghubungi kami di 1800-KIDNEYS (5436397) atau di lifedrops@nkfs.org untuk membuat persiapan khas bagi tarikh potongan yang selanjutnya. Anda juga boleh menghubungi kami di talian tersebut jika ada sebarang pertanyaan lain.