Mengenai Kami
- Ruang Utama
- >
- Mengenai Kami
Ikuti kami di Facebook
Ikuti kami di Instagram
Ikuti kami di YouTube
Ikuti kami di TikTok
Mengenai Kami
NKF berusaha untuk menjadi penyokong dan penyepadu untuk kesihatan ginjal dan penjagaan holistik untuk masyarakat, oleh masyarakat. Sambil menyokong pesakit kegagalan ginjal dengan rawatan dialisis yang berkualiti dan penjagaan bersepadu, misi kami yang lebih besar terletak pada pencegahan dan menangguhkan kegagalan ginjal melalui pendidikan kesihatan, dengan integrasi yang lebih mendalam ke dalam masyarakat dan perkongsian kolaboratif yang berstrategik.
Visi & Misi
Membei Kehidupan dan Harapan melalui rawatan dan penjagaan yang berpatutan, mampan dan berkualiti serta pendidikan dan pencegahan penyakit ginjal dengan Kerjasama masyarakat.
Landskap Ginjal Semasa
Dengan kes kegagalan ginjal yang meningkat pada kadar yang membimbangkan di Singapura, kami dapat melihat “tsunami ginjal” yang kian melanda. Kira-kira enam orang telah disahkan setiap hari, peningkatan tiga kali ganda daripada dua dekad yang lalu. Lebih daripada 500,000 orang menderita kerana penyakit ginjal kronik, dengan kemungkinan besar terdapat lebih banyak kes yang belum disahkan. NKF mempunyai lebih dari 5,500 pesakit dialisis – kira-kira 60% daripada jumlah populasi pesakit dialisis di Singapura. Diabetes kekal sebagai salah satu punca utama kegagalan ginjal, dan Singapura mempunyai salah satu kelaziman diabetes tertinggi di seluruh dunia. Jika diabetes dan penyakit kronik lain tidak dikawal, kes kegagalan ginjal harian boleh mencecah 20, atau bahkan 30 kes dalam beberapa dekad yang mendatang.
Strategi Kami
Untuk membentuk rancangan jangka panjang NKF, visi kami iaitu, Future Forward 2030, merangkumi strategi dua enjin – seperti mana-mana kapal terbang, ia berprestasi lebih baik apabila ia mempunyai dua enjin
Enjin 1 tertumpu pada jangka pendek – perkara yang kami mahu terus laksanakan tetapi melakasanakannya dengan lebih baik dan lebih cekap.
Kami mahukan pesakit mengambil pemilikan terhadap kesihatan mereka sendiri dan kami berusaha untuk memperkasakan mereka untuk menjaga kesihatan mereka melalui penjagaan diri. Kami perlu memastikan bahawa para pesakit mempunyai sikap terbuka untuk menjalani rawatan dialisis bukan sahaja di pusat dialisis, tetapi juga di rumah. Kita perlu melatih mereka serta memastikan bahawa kakitangan perubatan kami juga dilatih dengan baik. Kami perlu memberi tumpuan kepada kesejahteraan mental bukan sahaja buat para pesakit, tetapi juga untuk ahli keluarga mereka. Kami perlu memastikan bahawa kami mempunyai struktur kos yang mampan untuk meneruskan apa yang kami lakukan, dan, pada masa yang sama, bertanggungjawab kepada semua pihak berkepentingan kami dan terhadap dermaan anda.
Tetapi kita tidak boleh hanya bergantung pada Enjin Pertama. Kita perlu fokus pada Enjin Kedua, iaitu strategi jangka sederhana hingga panjang untuk NKF bagi menahan trend penyakit ginjal yang membimbangkan.
Kita perlu menumpukan pada pendidikan dan pencegahan – bekerjasama dengan masyarakat secara amnya, sekolah dan rakan kongsi kita dalam ekosistem penjagaan kesihatan, untuk membantu orang ramai memahami kepentingan gaya hidup sihat. Strategi jangkauan komuniti kami tertumpu kepada golongan muda, keluarga dan warga emas, serta kumpulan berisiko tinggi, untuk mencegah penyakit itu daripada berlaku di tempat pertama. Kami juga perlu memberi tumpuan kepada inovasi dalam merawat penyakit ginjal untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pesakit kami, dan melakukannya dengan cara yang sangat menjimatkan kos. Kami boleh melakukan ini kerana kami mempunyai data, maklumat dan latar belakang pesakit untuk bekerjasama dengan masyarakat secara amnya bagi menyediakan diri kami untuk tahun 2030.
Lembaga Pengarah
Lembaga Pengarah NKF bertindak bagi memenuhi kepentingan terbaik NKF dan memastikan bahawa gerak kerja kami dilaksanakan dengan berkesan dan cekap, serta mematuhi semua undang-undang, peraturan dan perundangan yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Pengarah berusaha untuk memastikan bahawa anggota Lembaga Pengarah, sebagai satu kumpulan, mempunyai kecekapan teras dalam bidang seperti perakaunan dan kewangan, perniagaan dan pengurusan umum, komunikasi, penjagaan kesihatan, sumber manusia, undang-undang, perubatan, perancangan strategik dan teknologi. Ia juga berusaha untuk memastikan bahawa ia mewujudkan tahap kepelbagaian. Lembaga Pengarah percaya bahawa untuk menjadi efektif, ia tidak sepatutnya bilangan besar, dan pada masa yang sama, ia perlu memastikan bahawa terdapat keluasan dan kepelbagaian kepakaran serta pandangan yang mencukupi selain mewakili penglibatan jantina dan kesinambungan perkhidmatan. Anggota Lembaga merupakan sukarelawan dan tidak mendapat ganjaran.