Search
Close this search box.

Program-Program Pendekatan

Program-Program Pendekatan

Singapura mempunyai salah satu insiden kegagalan ginjal yang tertinggi di dunia, dengan kira-kira 5.7 pesakit baharu disahkan mengalami kegagalan ginjal setiap hari.

Jumlah orang yang didiagnosis dengan kegagalan ginjal pula dijangka meningkat, memandangkan penuaan penduduknya dan peningkatan penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes).

Kegagalan ginjal tidak boleh dipulihkan dan memerlukan dialisis seumur hidup atau pemindahan organ untuk melanjutkan hayat.

NKF berkomited untuk memacu pelbagai usaha bagi mengubah situasi semasa. Sertai kami seiring perjalanan ke arah gaya hidup yang lebih sihat melalui pelbagai program pendidikan dan pencegahan yang direka khusus.

Untuk kumpulan sudah diatur terlebih dahalu
Sekolah Masyarakat & Korporat
Penyertaan Minimum 20 hingga
40 orang pelajar
Melebihi daripada 40 orang pelajar Minimum 25 orang.
Nota: Program tidak akan diteruskan jika bilangan peserta kurang daripada minimum
Program
Ceramah Kesihatan* 40 Minit 50 Minit 60 Minit* (Termasuk Sesi Soal Jawab)
Pusat Penerokaan Ginjal 30 Minit Kendiri 60 Minit Kendiri Lawatan berpandu 40 Minit
Sesi Soal Jawab & Perkongsian Pesakit 20 Minit 20 Minit
Tempoh 90 Minit 120 Minit 100 Minit

Pusat Penerokaan Ginjal

Melalui pameran yang pelbagai deria dengan skrin sentuh dan pengesan gerakan, pengunjung ke pusat ini akan dibawa melalui kembara pembelajaran berasaskan pengalaman!

Bas-Bas Pendidikan Kesihatan Ginjal

Bas pendidikan kesihatan ginjal NKF, K-FORCE dan K-MOVEAT, mempunyai sasaran untuk membimbing pengunjung ke arah gaya hidup sihat melalui pemakanan dan tabiat kehidupan.

Dilengkapi dengan pameran interaktif dan teknologi realiti berimbuh (AR), bas-bas pendidikan ini menjadikan proses pemahaman tentang penyakit ginjal dan langkah pencegahannya merupakan suatu yang menyeronokkan.

Bas-bas ini direka khas untuk menyokong pelbagai peringkat umur. Naiki dan alaminya sekarang!

Ceramah Kesihatan Ginjal

Untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit ginjal kronik dan pencegahannya, kami menawarkan pelbagai topik kesihatan yang luas dengan menekankan cara-cara bagaimana menjaga ginjal anda, sebab-sebab utama kegagalan ginjal dan pilihan rawatan yang sedia ada. Kami juga akan menangani mitos-mitos berkaitan dengan ginjal yang biasa di dalam sesi tersebut!

Reruai Paparan Interaktif

Untuk reruai paparan interaktif, mesin dialisis yang olok boleh dipamerkan di premis anda atas permintaan. Anda akan diperkaya dengan pengetahuan mengenai gaya hidup dan rawatan yang disediakan untuk para pesakit. Selain itu, terdapat juga permainan dan kuiz sebagai pengalaman pembelajaran yang interaktif dan menarik untuk semua peringkat umur.

Pameran Kesedaran Ginjal

Dalam usaha kami untuk meningkatkan kesedaran tentang kelaziman, gejala dan langkah pencegahan penyakit ginjal kronik, kami telah membangunkan beberapa siri paparan kesedaran untuk anda. Melalui pelbagai visual dan video, paparan ini akan menekankan kepentingan kesihatan ginjal. Kami berharap alat-alat dan sumber ini akan memberi manfaat kepada sekolah dan organisasi anda. Hubungi kami sekarang untuk butiran lanjut mengenai bagaimana anda boleh menggunakan sumber ini.

Waktu pembukaan untuk aktiviti yang disebutkan di atas
Isnin – Jumaat
9 pagi hingga 5 petang
Sabtu – Ahad
9 pagi hingga 12 tengah hari
Kecuali Cuti Umum

Untuk membuat tempahan aktiviti yang disebutkan di atas, anda boleh menekan butang berkenaan di bawah:

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila e-mel kami di contact_us@nkfs.org atau hubungi 1800-KIDNEYS (5436397).

error: Content is protected !!
K-Buddy
wpChatIcon
Scroll to Top

Notice

Thank you for visiting our website.

Please be informed that our online donation portal will be temporarily unavailable on Tuesday, 17th December 2024, from 03:00 AM to 05:00 AM, and Saturday, 21st December 2024, from 11:00 PM to Monday, 23rd December 2024, 05:00 AM for maintenance.

If you have any donation inquiries during this time, please feel free to email us at lifedrops@nkfs.org.

We apologise for any inconvenience caused.