Pencegahan Kegagalan Ginjal
- Ruang Utama
- >
- Rahsia untuk Mengatasi Pembunuh Senyap!
- >
- Kurangkan Pengambilan Garam
Ikuti kami di Facebook
Ikuti kami di Instagram
Ikuti kami di YouTube
Ikuti kami di TikTok
Kurangkan Pengambilan Garam
Apakah itu natrium?
Natrium ialah mineral penting untuk mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan. Garam mengandungi 40% natrium dan boleh didapati dalam sos, bumbu, bahan pengawet dan makanan dalam tin.
Mengapakah ia berbahaya?
Pengambilan natrium yang berlebihan akan mengakibatkan tekanan darah tinggi, iaitu salah satu penyebab utama kegagalan ginjal, strok dan penyakit jantung. Ia juga menimbulkan rasa dahaga yang melampau dan boleh mengakibatkan pengambilan cecair dengan berlebihan.
Berapa banyak yang perlu saya ambil?
Hadkan pengambilan natrium kepada 1 sudu teh (tsp) garam atau 2,000mg sehari.
Bagaimana cara membaca label nutrisi?
Awas, natrium mungkin tersembunyi dalam makanan anda! Kawal pengambilan natrium anda dengan membaca label nutrisi semasa pembelian barang runcit.
Makanan yang perlu diawasi termasuk:
Makanan yang diawet dan diproses
Snek yang bergaram
Kuah, sup, kiub pati, bahan perasa dan sos
Gantikan Dengan Alternatif Yang Lebih Sihat
Berikut menunjukkan tip-tip mudah yang boleh membantu anda mengehadkan jumlah natrium ketika menikmati makanan di luar:
Pilihlah makanan yang lebih sihat pada menu
Semak maklumat nutrisi bahan-bahan menu sebelum anda memesan dan memilih makanan kurang natrium. Carilah Simbol Pilihan Lebih Sihat"Kurang Natrium" oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan. Produk makanan yang mempunyai logo ini mengandungi sekurang-kurangnya 25% kurang natrium berbanding dengan produk yang sama.
Anda boleh bertanya
Jangan takut untuk bertanya kepada staf mengenai bagaimana makanan akan disediakan dan jika mereka boleh membuat penggantian atau pengubahsuaian agar hidangan anda kurang garam. Sebagai contoh, minta kurangkan kuah atau sos, dan kuah salad diletakkan berasingan supaya anda boleh mengawal jumlah tambahan ke dalam makanan anda.
Awasi natrium yang tersembunyi
Perkataan seperti perap, jeruk, salai, serdak roti, pekasin, berjus, di dalam air rebusan atau teriyaki bermakna makanan anda mungkin mengandungi jumlah natrium yang tinggi.
Kongsi makanan anda
Pesan hidangan makanan yang lebih kecil atau kongsi makanan dengan orang lain. Melalui cara ini, anda dapat mengurangkan natrium, kalori dan lemak pada separuh.
Menyediakan Juadah Di Rumah
Kurangkan makan di luar dan masaklah di rumah sekerap mungkin. Melalui cara ini, anda boleh mengawal jumlah natrium yang ditambahkan pada makanan anda.
No | Pilihan Makanan Tinggi Sodium | Kandungan Natrium (mg) | Pilihan Alternatif Rendah Sodium | Kandungan Natrium (mg) |
---|---|---|---|---|
1 | Nasi Ayam Panggang | 1,112 | Nasi Ayam Kukus | 698 |
2 | Sup Bihun Ikan Goreng Dengan Susu | 2,708 | Sup Ikan Kepingan Tanpa Susu | 1,808 |
3 | Mi Siam Berkuah | 2,347 | Mi Siam Tanpa Kuah | 1,008 |
4 | Pasta Ayam Berkrim | 1,161 | Aglio Olio Udang | 786 |
5 | Masala Ayam Berkuah (150g) | 768 | Tikka Ayam (100g) | 263 |
6 | Keropok Udang Goreng (100g) | 750 | Keropok Beras (100g) | 369 |
7 |
Kentang Goreng Berkeju (1 Pinggan, 186g) |
658 | Kentang Bakar tanpa Kuah (1 Biji, 202g) | 16 |
8 | Sate dengan Kuah (10 Cucuk) | 920 |
Sate tanpa Kuah (10 Cucuk) |
231 |
9 | JambuBatu (1 Biji) Dengan Serbuk Asam (1 SuduMakan) | 1268 | Jambu Batu (1 Biji) | 73 |
Sumber: Komposisi Tenaga & Nutrien Makanan, Lembaga Penggalakan Kesihatan, 2011
* Makanan 1 hingga 5 berasaskan 1 hidangan
Klik di sini untuk muat turun risalah Kurangkan Pengambilan Garam Anda