Search
Close this search box.

Rawatan

Panduan Pemakanan Secara Bijak Bagi Pesakit Pemindahan Ginjal

Diet Yang Seimbang Adalah Penting

Diet yang sihat dan seimbang masih memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan secara menyeluruh dan membantu ginjal yang baru dipindahkan berfungsi dengan baik. Penerima ginjal perlu mengikut diet khas untuk jangka masa yang pendek setelah menjalani pembedahan pemindahan.

Pakar pemakanan akan membimbing penerima ginjal tentang apa yang perlu mereka lakukan serta merancang diet mengikuti keperluan mereka. Penerima ginjal mungkin mendapati bahawa cara diet ini adalah lebih mudah diikuti berbanding dengan diet hemodialisis kerana ginjal yang baru itu akan dapat membantu badan mengekalkan keseimbangan kalium dan fosfat yang sihat.

Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga kesihatan ginjal anda:

1. Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat

  • Peningkatan berat badan selepas pemindahan ginjal adalah keadaan biasa.
  • Ramai pesakit mempunyai selera makan yang lebih baik setelah menjalani pemindahan kerana peningkatan kesejahteraan dan ubat steroid yang diambil.
  • Mengekalkan berat badan yang sihat dalam julat Indeks Jisim Badan (BMI)
    18.5 – 22.9kg /m2 dapat mengurangkan risiko terkena tekanan darah tinggi, masalah jantung, diabetes mellitus dan strok.
  • Menimbang berat badan secara berkala, kekal aktif dan berbincang dengan pakar diet jika perlu mengubah diet anda.

2. Pastikan Profil Lipid Anda Terkawal

  • Dislipidemia adalah kondisi biasa dalam kalangan penerima ginjal.
  • Peningkatan paras jumlah kolesterol, kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL-kolesterol) dan trigliserida akan meningkatkan risiko masalah jantung.
Mengamalkan diet yang sihat untuk memastikan paras kolesterol darah anda terkawal untuk jantung yang sihat:

3. Pastikan Tekanan Darah Anda Terkawal

  • Sebilangan besar penerima ginjal masih perlu mengehadkan pengambilan natrium.
  • Ubat-ubatan transplan, terutamanya steroid, boleh menyebabkan tubuh menahan cecair dan pengambilan natrium yang tinggi boleh memburukkan lagi masalah ini.
  • Pengawalan tekanan darah sangat penting sebelum dan selepas pemindahan ginjal.
  • Hadkan pengambilan natrium anda, tidak melebihi 2000mg sehari.

Klik sini untuk untuk memuat turun risalah “Kurangkan Pengambilan Garam!” untuk maklumat lanjut.

4. Mengekalkan Tulang Yang Sihat

  • Penurunan kepadatan mineral dalam tulang akan berlaku dengan cepat pada peringkat awal pemindahan ginjal.
  • Penyerapan kalsium menurun kerana prednisone, hiperparatiroidisme, dan metabolisme vitamin D yang tidak normal. Oleh yang demikian, ini akan melemahkan tulang-tulang.
  • Terdapat peningkatan risiko kehilangan kepadatan tulang bagi wanita, terutama di kalangan wanita selepas menopaus.
  • Doktor akan memeriksa kepadatan tulang dan mencadangkan cara-cara terbaik untuk penerima ginjal terus menjaga tulang mereka. Antara cara-caranya ialah dengan mengambil suplemen, termasuk dua hidangan produk tenusu seperti susu rendah lemak, keju dan yogurt dalam diet harian.

Penting! Penerima ginjal tidak boleh memulakan pengambilan suplemen tanpa panduan kerana ia boleh menyebabkan masalah pada ginjal baru.

5. Pencegahan Anemia

  • Anemia boleh berlaku dalam kalangan penerima ginjal.
  • Diet yang kekurangan zat besi, zat folat dan/atau vitamin B12 boleh menyebabkan anemia.
  • Pencegahan serta pengurusan anemia penting dalam menjaga kesihatan dan mengurangkan risiko kematian.

6. Amalan Pemakanan Yang Selamat

  • Penerima ginjal lebih mudah terkena penyakit bawaan makanan seperti listeriosis kerana imun mereka terganggu.
  • Penerima ginjal harus mengikuti langkah-langkah keselamatan dalam pemakanan, misalnya mengurangkan penggunaan makanan mentah seperti ulam (salad), ikan mentah dan lain lain lagi.
  • Berbincang dengan pakar pemakana untuk mengetahui lebih lanjut tentang keselamatan makanan.

Soalan-Soalan Yang Sering Diajukan

Selepas pemindahan ginjal, penerima ginjal perlu mengikuti diet berprotein tinggi untuk membina tisu-tisu otot yang terjejas akibat dos steroid yang tinggi. Walau bagaimanapun, keperluan zat protein anda sama dengan individu yang sihat dalam beberapa bulan selepas pemindahan ginjal. Pakar pemakanan akan memberitahu anda tentang jumlah protein yang diperlukan untuk membantu anda dalam proses pemulihan.

Tidak ada batasan kalium untuk penerima ginjal selagi fungsi ginjal diterima itu berfungsi dengan baik. Walau bagaimanapun, beberapa ubatan pemindahan dapat meningkatkan paras kalium, sementara ubatan lain pula boleh menurunkannya. Sekiranya demikian, anda perlu mengubahsuai diet anda mengikut paras kalium darah anda. Pemantauan berkala adalah penting.

Bagi pesakit diabetes, mengikut diet yang sihat, mengambil ubatan diabetes (jika diperlukan) dan bersenam secara berkala adalah penting. Berbincang dengan doktor dan pakar pemakanan untuk memastikan diet dan gula darah anda terkawal dengan baik.

Buah limau gedang (grapefruit) mengandungi furanocoumarins, yang akan mengubah metabolisme ubatan seperti cyclosporine, tacrolimus, penghalang saluran kalsium dan statin. Oleh itu, penerima ginjal dinasihatkan untuk mengelak makan buah limau gedang dalam segala bentuk.

*Maklumat dan cadangan di atas adalah garis panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat khas untuk setiap individu. Sila berjumpa dan dapatkan nasihat doktor atau pakar kesihatan untuk membuat keputusan berkaitan dengan kesihatan anda.

error: Content is protected !!
K-Buddy
wpChatIcon
Scroll to Top

Notice

Thank you for visiting our website.

Please be informed that our online donation portal will be temporarily unavailable on Tuesday, 17th December 2024, from 03:00 AM to 05:00 AM, and Saturday, 21st December 2024, from 11:00 PM to Monday, 23rd December 2024, 05:00 AM for maintenance.

If you have any donation inquiries during this time, please feel free to email us at lifedrops@nkfs.org.

We apologise for any inconvenience caused.