Rawatan
- Ruang Utama
- >
- Pilihan Rawatan
- >
- Apakah itu Dialisis Peritoneal?
Ikuti kami di Facebook
Ikuti kami di Instagram
Ikuti kami di YouTube
Ikuti kami di TikTok
Apakah itu Dialisis Peritoneal?
Dialisis peritoneal adalah rawatan untuk kegagalan ginjal. Suatu tiub kekal yang sudah disteril akan diselitkan ke rongga perut (peritoneal) pesakit. Melalui tiub tersebut, cecair larutan dialisis yang disalurkan ke dalam abdomen. Cecair tersebut akan bantu mengeluarkan sisa-sisa kekotoran daripada saluran darah yang terdapat dalam peritoneum (rongga perut). Kemudian, sisa kotoran tersebut akan disalirkan keluar dari badan pesakit.
Terdapat 2 jenis dialisis peritoneal – Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (CAPD) dan Dialisis Peritoneal Automatik (APD). Rawatan PD ini dapat memberi pesakit lebih banyak kelonggaran dan pengawalan ke atas kehidupan mereka. Dengan adanya Program Sokongan Masyarakat PD oleh NKF, pesakit akan diberi sokongan sepenuhnya agar mereka menerima rawatan PD yang baik dan kekal sihat. Untuk mencapai hasil yang terbaik serta kehidupan yang aktif, para pesakit dan ahli keluarga mereka perlu bekerjasama dengan pasukan penjagaan kesihatan.
Soalan-Soalan Yang Sering Diajukan
Langkah Pertama
Tiub kateter akan dimasukkan ke dalam kaviti abdomen secara pembedahan.
Langkah Kedua
Cecair larutan dialisis disalurkan ke dalam abdomen.
Langkah Ketiga
Proses dialisis sedang dijalankan. Sisa kotoran, cecair kumuhan dan bahan kimia mengalir melalui membran peritoneal ke dalam cecair larutan dialisis.
Langkah Keempat
Cecair larutan PD yang “terpakai” itu akan disalirkan keluar dan akan diganti dengan dua liter cecair larutan baharu untuk rawatan selanjutnya (proses pertukaran).
Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (CAPD) dilakukan pada siang hari dan tanpa penggunaan mesin. Proses ini dijalankan dengan menggunakan sistem beg PD, daya tarikan graviti untuk mengisi dan mengosongkan abdomen. Doktor akan menetapkan jumlah pertukaran yang diperlukan oleh pesakit, biasanya tiga atau empat pertukaran pada siang hari dan satu pertukaran pada waktu petang. Penggantian cecair larutan PD baharu dengan larutan PD terpakai, disebut satu pertukaran.
Pesakit boleh berjalan-jalan dengan cecair larutan dialisis di dalam abdomen. Pertukaran tidak diperlukan semasa pesakit sedang tidur.
Dialisis Peritoneal Automatik (APD) biasanya dilakukan pada malam hari dengan menggunakan mesin yang dinamakan sebagai cycler. Mesin ini akan mengubah larutan dialisis pada waktu malam biasanya, ketika pesakit sedang tidur. Ini bermakna pesakit perlu disambungkan (melalui kateter tiub) pada mesin selama 8-10 jam.
PD boleh dilakukan di rumah, di tempat kerja atau dalam perjalanan tetapi memerlukan pengawasan yang teliti.
Tanpa rasa sakit dan tiada penggunaan jarum
- Tidak seperti HD, vaskular akses atau jarum vaskular tidak diperlukan untuk PD. Oleh itu PD adalah prosedur yang tidak menyakitkan.
- Komplikasi yang berkaitan dengan akses vaskular adalah salah satu penyebab biasa kemasukan ke hospital bagi pesakit hemodialisis.
Terapi di rumah
- Pesakit menjalani rawatan dengan selesa di rumahnya sendiri.
- Tidak perlu pergi ke pusat dialisis untuk mendapatkan rawatan dan tidak terhad kepada jadual pusat dialisis.
- Lebih banyak fleksibiliti untuk menyesuaikan rawatan dialisis dengan gaya hidup mereka.
- Pesakit menguruskan sendiri rancangan rawatan dengan nasihat yang diberikan oleh pasukan penjagaan PD.
Cara yang lebih lembut dan berfungsi seperti ginjal semula jadi
- PD meniru fungsi ginjal sebenar kerana kehadiran cecair larutan PD yang berterusan di rongga abdomen membolehkan pembuangan sisa produk dan lebihan air dari darah secara berterusan.
- Sifat PD yang tidak rumit dan selamat. Pesakit mengehadkan makanan yang lebih rendah dan kurang mengalami kesan sampingan.
Program Sokongan Masyarakat PD ini disediakan oleh NKF secara percuma. Program ini merangkumi perkhidmatan sokongan seperti NKF PD Lawatan Rumah yang dikendalikan oleh sepasukan jururawat yang berpengalaman dan terlatih dalam perihal PD. Klik di sini untuk memuat turun risalah Program Sokongan Masyarakat PD.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi kami di 1800-KIDNEYS (543697) atau emel kepada pd.support@nkfs.org