Rawatan
- Ruang Utama
- >
- Kegagalan Ginjal
- >
- Pendidikan Pradialisis
Main Menu
Ikuti kami di Facebook
Ikuti kami di Instagram
Ikuti kami di YouTube
Ikuti kami di TikTok
Pendidikan Pradialisis
Program Know Right, Start Right bertujuan untuk membina kolaborasi yang aktif dengan hospital-hospital distruktur semula, agensi-agensi sosial dan rakan-rakan komuniti untuk membantu para pesakit Penyakit Ginjal Kronik (CKD) yang berada di peringkat 3 hingga 5, dan pengasuh mereka untuk membuat keputusan yang tetap mengenai modaliti pilihan mereka yang diutamakan supaya rawatan dapat dimulakan dengan betul dan penuh keyakinan.
Matlamat program tersebut ialah untuk:
- Mewujudkan kesedaran tentang pendidikan pra-dialisis kepada ahli keluarga dan pengasuh pesakit
- Menyediakan dan membantu pesakit memulakan program dialisis yang terancang dan berstruktur
- Memudahkan pesakit memulakan rejim rawatan dan menyediakan bantuan berterusan kepada mereka dan pengasuh mereka
Rangkaian Perkhidmatan Tersedia
Pertanyaan Berkaitan Kemasukan
- Bagaimanakah cara saya memohon untuk mendapatkan rawatan bersama NKF?
- Adakah rawatan dialisis mahal?
- Adakah saya layak mendapat sebarang subsidi?
- Apakah pilihan rawatan yang ada dan lain-lain lagi….
Perjalanan Dialisis Saya Oleh Pesakit Untuk Pesakit
Sertai kami untuk memahami perjalanan para pesakit mengenai:
- Hemodialisis
- Dialisis Peritoneal
- Pemindahan Ginjal
- Kebimbangan psikologi
Kumpulan Sokongan Pesakit
- Pesakit berkumpul setiap bulan untuk pelbagai program.
- Cabaran yang dihadapi semasa rawatan juga akan dibincangkan di dalam platform ini; sesi akan disokong oleh para profesional dalam penjagaan kesihatan
Untuk pertanyaan, sila emel startright@nkfs.org atau hubungi kami di 65062187 untuk maklumat lanjut.