Kegagalan Ginjal
- Ruang Utama
- >
- Kegagalan Ginjal
- >
- Saringan ginjal di Klinik GP
Ikuti kami di Facebook
Ikuti kami di Instagram
Ikuti kami di YouTube
Ikuti kami di TikTok
Saringan ginjal di Klinik GP
Lawati mana-mana klinik rakan kongsi kami dan sebutkan “NKF SCREENING” kepada kakitangan klinik untuk menebus saringan ginjal percuma jika anda memenuhi kriteria kelayakan.
2 ujian untuk memeriksa kesihatan ginjal anda:
Ujian Darah
Mengesan kreatinin serum, iaitu pecahan kreatin yang terdapat dalam otot dan ditapis oleh ginjal ke dalam air kencing. Sebuah formula kemudiannya digunakan untuk mengira fungsi ginjal kita.
Ujian Air Kencing
Mengesan albumin, iaitu sejenis protein dalam darah kita. Tahap protein yang tidak normal dalam air kencing mungkin merupakan tanda kerosakan ginjal.
Jika anda berumur antara 21 - 80 tahun, tidak melakukan saringan ginjal dalam tempoh 1 tahun yang lalu dan mempunyai SALAH SATU daripada faktor risiko berikut:
Sejarah perubatan peribadi | Sejarah keluarga | Faktor risiko lain |
---|---|---|
Diabetes | Penyakit ginjal | BMI≥ 27.5kg/m² |
Hipertensi | Diabetes | Kerap merokok |
Penyakit jantung* | Hipertensi | Penggunaan NSAID dengan kerap (ubat anti-radang bukan steroid) |
*Termasuk serangan jantung, kegagalan jantung, penyakit injap, strok dan penyakit saluran darah/vaskular
Di manakah saya boleh pergi untuk mendapatkan saringan ginjal percuma?
Anda dinasihatkan untuk menghubungi/e-mel klinik untuk menyemak ketersediaan mereka kerana temujanji mungkin diperlukan.
Soalan Lazim
Ya, saringan ginjal ini percuma untuk warga Singapura dan Penduduk Tetap, dengan syarat anda memenuhi 3 kriteria kelayakan.
Saringan ini memerlukan ujian serum kreatinin (darah) dan mikroalbuminuria (air-kencing).
Saringan percuma ini hanya meliputi ujian seperti yang dinyatakan. Sebarang perundingan, ujian-ujian diagnostik lain yang dilakukan semasa lawatan tidak akan ditanggung oleh NKF. Peserta akan menanggunug sendiri kos tersebut.
Jika anda ingin meneruskan ujian ginjal selepas dinasihatkan, ia akan dikenakan bayaran atas kos dan anda perlu menanggungnya sendiri.